Monday, December 30, 2013

Ia Semanis Madu.. :)

Aku terleka sejenak dengan indahnya dunia.
Alhamdulillah, Aku punya sahabat buat menegur aku.
Aku kurang berani buat seketika.
Alhamdulillah, Aku punya sahabat beri aku kekuatan itu.

Aku malahan tercari-cari peluang merata-rata.
Alhamdulillah, Pencipta ku Bantu aku.
Di beri nya aku, sebegini luasnya peluang buat aku.
Buat aku yang kerdil ilmu ini.
Berbulatan gembira dan berukhuwah.
Berkongsi ilmuNya. Cuma keranaNya.

Wednesday, December 18, 2013

Cuma di sana... Salji2 memerah darah..


Cuma di sana.
Salji2 memerah darah.

Cuma di sana.
Langit tak pernah berehat aman.
Selalu punya hadiah dari atas.
Buat semua nya bertukar memerah penuh warna darah.

Cuma di sana.
Suara tangisan selalu kedengaran.
Suara redha para bakal Syahid kedengaran.

Cuma di sana.
Yang benar, Di tindas.
Yang sebaliknya?
Gembira menindas.

Cuma di sana.
Salji tidak lagi memutih suci.

Cuma di sana.
SALJI2 MEMERAH DARAH.

:'(

Sunday, December 15, 2013

:(

Mata masuk habuk debu.
Hati masuk satu rasa aneh.
Satu rasa aneh, Rasa kecewa.
Aku mahu berlari jauh.

Tapi harus sampai bila mahu berlari?
Apakah masalah aku bakal selesai?

Masa untuk Kaunseling diri sendiri.
Telah sampai juga.

BerKatarsis..

Wednesday, December 4, 2013

Awak mahu jadi Cinta ke 3 saya?

Aku bukan tak mahu bercinta sekarang.
Cuma, aku mahu menjaga diri dari Neraka.
Aku tak mahu hidup dalam “Syurga Dunia,”


Kemudian.

Hidup dalam “Neraka” selamanya.
Aku mahu bercinta selepas bernikah.

In shaa Allah.


Awak mahu jadi Cinta ke 3 saya?
Cinta saya ada 4.
Satu: Cinta pada Allah.
Dua: Cinta pada RasulNya.
Tiga: Cinta pada bakal Zauj Saya.
Empat: Cinta pada Keluarga saya.

Eheh.. ^___^>

Allahu. :(

Aku selalu merungut sambil marah-marah masa aku tengah drive sorang2 pergi dan balik kerja. Aku merungut bila selalu ada kesesakan jalan sana sini. Aku jadi marah bila mengenangkan aku akan sampai lambat ke ofis. Aku tak suka lambat masuk kerja.
Aku selalu salahkan orang lain bila jalan sesak pagi2..
Tapi, bila aku tahu punca jalan sesak sana sini, sebab ada beberapa kereta lain tersadai sebab rosak tengah2 jalan, atau ada kemalangan teruk.
Baru aku sedar, Bukan salah sesiapa pon. Ini adalah takdir Allah. Aku bersyukur, kereta aku masih mampu bergerak tanpa cela, rosak, kemalangan. Aku masih mampu sampai ofis aku tanpa masalah2 berat. Cuma jalan sesak saja. Aku tak kena marah pon if lambat masuk ofis.
_______________________________________________________________________________
Kadang2 bila aku kena jalan jauh-jauh. Aku secara sendiri, mesti merungut2.. Aku tak suka panas2 penat2 jalan jauh. Aku cepat penat. Jadi aku kerjanya merungut je.
Tapi bila aku ingat balik. Oku yg lain yg tak mampu jalan. Cuma mampu tengok je orang jalan, lari, menari dan macam2 lagi.
*Cuba bayang kan, satu hari tu diorang pon boleh jalan, lari2 dll.. Sure diorg happy n bersyukur sgt kan*
*Cuba bayangkan. Satu hari tu, kita pula yang terima nasib macam diorang, tak mampu lagi jalan, lari2.. SURE menyesal, menagis n baru nak bersyukur. kan?*


Aku selalu suka-suka jeles bila tengok orang lain comel cantik dari aku. Kadang rasa nak jadi macam diorang pulak. Aku suka tengok orang cantik comel. Urm.. sapa x suka wei.. *Tipu if ada yang x suka*
Tapi bila aku ingat balik.. orang2 lain yang kurang sifat anggota badan dari aku yang cukup semua ni. Yang oku, or S.DOWN or lain2. Aku mula sedar balik. Aku cukup semua, sihat. Mampu buat semua. Aku rasa malu ingat semua nikmat Allah bagi selama aku hidup ni. Aku rasa malu sebab selalu sangat merungut. Ya Allah. :(
Aku bersyukur sangat2. Untuk semua yg Allah bagi kat aku.
_______________________________________________________________________________

Bila aku tengok orang berada dan kaya, kadang-kadang terjeles gak la.. Aku pon nk gak jadi cam diorang. Senang2 melancong sana sini lagi. Makan mewah. Semua mewah2. Membazir senang2 sana sini.
Tapi bila ingat yang aku ni, tak pernah pon terkurang apa2 since aku kecik, sampai la sekarang ni. Aku tahu, apa2 pon, aku kena bersyukur. Rezeki Allah bg lain2 bahagiannya. Kalau aku nak rezeki lebih..
Aku kena la buat ni. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.
In shaa Allah. 
_______________________________________________________________________________

Dan paling aku sedih.. Bila tiap kali aku balik rumah. Cuma ada mama n adik beradik aku je.
Aku tak dapat lagi tengok or jumpa papa aku lagi. Ya memang aku sedih. Kadang tak kuat. Aku rasa sedih tapi aku tetap kena beryukur. Allah telah pinjam kan aku, papa aku selama 24 aku hidup.
Bila aku ifikir pasal anak2 yatim yang dari kecik tak dapat langsung jumpa parents diorang. Kisah diorang lagi sedih kan.. Apa perlu aku patut bersedih selalu? Sedangkan aku, Allah bagi aku masa selama 24 tahun bersama papa aku. Allahu.. aku memang patut bersyukur kan..? Alhamdulillah..
Alhamdulillah.. Allah bagi aku cukup semuanya yang kadang2 aku sendiri tak perasan kan.. Alhamdulillah..Aku masih Allah bg kesempatan untuk ucap rasa syukur ni..

Kalau aku fikir and taip2 lagi psl semua benda yg aku selalu rungut kan.. dengan apa yang Allah bagi kat aku dari dulu sampai now.. Aku tak tahu panjang mana lagi. Berjela2 lah.

Allah bagi aku cukup semuanya. Terlalu banyak. Alhamdulillah. Aku kena kurang kan mengeluh, merungut dan macam2 lagi lah..

Monday, December 2, 2013

Pertama Kali

Pertama kali pakai Half Niqab.
Aku rasa selamat, rasa seronok. Suka, bahagia.
Aku rasa satu rasa lain dari yang lain.
Aku punya satu rasa, tak mahu tanggalkan niqab aku.

Pertama kali pakai Full Niqab.
Kamu tahu apa rasanya aku?
Aku rasa terlebih2 selamat, terlebih2 bahagia dan terlebih2 suka.
Rasa terkedu lihat diri sendiri yang Cuma terlihat mata aku saja.
Sekali lagi, Rasa itu datang pada aku.
Aku mahu berniqab. Aku seperti tak mahu tinggalkan niqab aku.

Biar aku di pandang pelik oleh orang lain.
Biar apa orang mengata2.
Aku tetap nak berniqab.
Aku sudah kaji banyak tentang pemakaian Sunnah yg satu ni.

Aku tahu, mesti susah mama dan family aku mahu terima niat aku ni.
Tapi. Aku rasa2.. Aku di beri petunjuk olehNYA.

Apa ertinya, Aku di hadiahkan sehelai Full Niqab.
Dari kawan / twin di fb aku..?
Allah itu terlalu baik pada aku.
Dia beri aku, Hadiah yang lama aku mahu kan.
Hadiah yang dari dulu. Aku mahu kan.
Kamu tahu hadiah apa?
Petunjuk dariNYA yang aku mahu dari dulu.


Bila masanya untuk aku boleh berniqab terus?
:’(
Aku bukan mahu berniqab demi “Fesyen.”
Sebab. Fesyen sudah aku tinggal kan perlahan2 dari diri aku.

Aku mahu berniqab demi Allah. Sama seperti kenapa aku berhijrah dulu.

~Selamat Hari OKU Kebangsaan 2013~

Selamat Hari OKU Kebangsaan 2013~
^__^/
Sesungguhnya Oku dan kita tiada beza.
Kita sama, Cuma HambaNya.

“Cuma Mereka ini Terlalu Istimewa,”

Baik dari sudut pandangan kita, & Pencipta Kita.

Monday, November 25, 2013

How dumb would we look?

"How dumb would we look in front of Allah for judging people of the sins He has already forgiven them for"

Menilai baik buruk, pahala dosa..?
*BUKAN KERJA KITA*
Tapi kerja Allah..

Sunday, November 24, 2013

Mewah Rahmat dari Allah

Kita sudah lama mewah rahmat Allah.
Walau ujian/dugaan datang merempuh.

Kadang tewas dengan dosa sendiri.
Kadang riak perihal diri sendiri.

Kadang terlupa bersyukur padaNya.
Kadang suka salahkan takdir.

Tapi..

Apa kita perlu muak sama Dugaan/Ujian dari Allah..?
Bila kita sudah lama Mewah Rahmat dari Allah..?

:|

Wednesday, November 6, 2013

Satu Misi Baru.

Alhamdulillah.. punyai satu misi baru.
Selangkah lebih dekat pada Dia.
Moga misi baru ini di berkati olehNya.
Moga misi baru ini tak kan hilang dari aku.

In shaa Allah. jika ini semua atas izinNya.

Doa selagi mampu..
( “Allahumma laa sahlaa illaa maa ja’altahu sahlaa wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa” )

“Yaa Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang sulit
boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya menjadi mudah.”

ALLAHUMA AAMIINN
^___^

Sunday, November 3, 2013

Asif Jiddan :)

Bismillaahirohmaanirrohiim.

Saya yang bernama Farah.
Esok awal Muharraham.
Nak minta maaf banyak2 kat semua ya.

Kalau ada post2 or kata2 saya buat semua sakit hati.
Maaf sgt2. Asif Jiddan..

Moga kita semua Allah redha dan berkati. Murah rezeki,
di panjangkan umur. Di kuat kan iman tiap hari.
Dilembut kan hati. Di beri hati suci olehNya.
Esok awal muharram.
New day new spirit~
Asif Jiddan

Friday, November 1, 2013

Mati, Permulaan kita untuk ke sana.
Neraka, Tempat mereka yang gagal.
Syurga, Tempat mereka yang cemerlang.

Ya, pilihan di tangan kita.
Tapi! Efek tetap berjalan.

kan?

:|

Tuesday, October 29, 2013

He found me lost, And He guide me.

He found me lost,
And He guide me.
That is how,
How i met myself.
:')

Truly, When i seek for Him more than i seek for others.
I truly found myself.
He knows everything.
And He who guide me.
To the right path of my life.
Alhamdulillah. All praise are to HIM ALONE.

I was wandered before. BUT!
Alhamdulillah.
But i plan to not be wander anymore.
Seeking for Jannah.

That is my Goal of life.
Forever. :)

Sunday, October 20, 2013

Tuesday, October 1, 2013

Aksara paling indah.

Aksara-aksara bergerak sendiri mencari sahabat2nya di sebelah kiri & kanan.
Ianya membentuk kepada susunan aksara paling indah.
Aksara itu.

"ALLAH , SubhanaAllah , Alhamdulillah,"

“SubhanAllahi wa bi hamdihi” Aksara-aksara bergerak sendiri mencari sahabat2nya di sebelah kiri & kanan.
Ianya membentuk kepada susunan aksara paling indah.
Aksara itu.

"ALLAH , SubhanaAllah , Alhamdulillah,"

“SubhanAllahi wa bi hamdihi”

Monday, September 30, 2013

Katarsis aku.

Aku mahu berkatarsis selama mana aku mampu.
Aku berkatarsis dari jiwa jahat manusia2 di luar.
Aku mahu berkatarsis, Menuju Tuhan ku yang satu.
Terserah, orang mahu kata apa. biar.
Kerana cuma aku yang tahu kesakitan masa lalu.
Sakitnya dulu, mengubah aku secara perlahan-lahan.

Jujur, kuatnya aku adalah kerana Allah.
;')

Aku mahu berkatarsis selagi nyawa masih di pinjamkan padaku.
Izin kan aku, Ya Allah.


DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّÙ‡ُÙ…َّ لاَ سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الحَزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah.
Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

رَبَّÙ†َا Ø¡َاتِÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً ÙˆَÙ‡َÙŠِّئْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْرِÙ†َا رَØ´َدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Monday, September 23, 2013

Dulu..

:D..

Aku meraba-raba dalam gelap dunia.
Hidup seperti pasti. Esok masih ada buat aku.

Tuhan ku terangi jalanku semula.
Tuhan ku buka hati batu aku.

Beri aku nampak jalan TaubatNya.
Yang dulu cuma samar2 bagi aku.

Jalan itu berliku-liku. Penuh cabaran dugaan.
Tapi jalan itu manis di akhirnya..

In shaa Allah.. dan Syukur aku padaNya. Maka.
Akan aku tetap tempuhi jalan ini..

^___^

Allah.. Tuhan ku..

Aku hilang arah tujuan dahulu.
Tuhan ku tarik aku semula.
Bangkit menuju cahaya CintaNYA.

Aku jatuh ke lopak dosa.
Tuhan ku bantu aku naik semula.
Bangkit menuju ke jalan benar.

Aku meraba-raba dalam gelap dunia.
Hidup seperti esok masih ada buat aku.
Tuhan ku terangi jalanku semula.
Tuhanku buka hati batu aku.

Aku hidup sepi walau dunia penuh bunyiannya sendiri.
Tuhanku kembali kan hati yang tidak sepi lagi.
Walau dunia dan ahli2 dunia tinggal kan aku seorang diri.
Aku masih boleh berdiri sendiri.
Kerana Tuhan ku yang Satu itu. aku ini.
Kembali kuat..


Andai esok masih ada buat aku.

Friday, September 20, 2013

Psycho

Maaf..
Kau itu bukan si Psycho Pencuri Hati..

Kau itu.. Cuma..
SI Psycho terdesak. Psycho penaik rasa amarah rimas..
Semak bagi aku.

Boleh kau berambus dari hidup aku?

Wednesday, September 18, 2013

Tentang Jodoh

Jangan cakap tentangg jodoh dengan saya. :)
Jodoh saya dah ada. Tapi.
Tapi jodoh dengan ajal.. x kan lari dari saya.
Jadi saya x nak pikir pasal jodoh dengan manusia :)

Wednesday, September 11, 2013

Ia memang manis

Di sana, Atas tanah, Keliling pasir, Pagi.
Duduk si gadis kecil. Sepi.
Aku mahu beri dia sebiji buah ceri.
Biar si gadis itu rasa dan tahu.
Kalau untuk rasa manisnya hidup ini.
Adalah terlalu mudah. Bukti?
Gadis tersenyum, Manisnya buah ni!

:)

"Ia memang manis, kerana ia Datang sebagai
Rezeki Allah buat kamu, Lebih manis bila kamu
bersyukur atas rezekiNya"


Monday, September 9, 2013

Di sana, di pohon meninggi itu

Di sana, di pohon meninggi itu,
Dahulu pernah aku ukir nama kamu.
Aku toreh-toreh suka hati aku.
Tapi, tapi kau mungkin tak pernah tahu.
Yang tahu mungkin cuma aku dan separuh aku.
Dan DIA..

Nama siapa kah tu?
Cukup rahsia ini cuma aku dan Dia yang tahu.

Kisah ini persis drama korea.
Ya memang. sebab memang aku ikut buat sama.
Sama macam drama korea.
Tapi kisah ini cuma kenangan belaka.

Aku tahu kau tahu aku selalu curi lihat kamu.
Tapi itu dahulu. kisah dahulu.
Bukan sekarang.

"Kau telah lama bebas hilang dari tangkapan lensa mata dan hati aku."

Thursday, September 5, 2013

Akuu gadis BIASA. Bukan gadis SEMASA

Aku bukan si solehah idaman orang.
Aku bukan si panas meletup buruan orang.
Tapi aku..

Aku cuma aku yang biasa.
Aku gadis BIASA.
Bukan gadis SEMASA

:)

Yang punya satu impian. Satu~
Aku mahu jadi nak solehah buat mama papa aku.
Aku mahu jadi muhajidah, muslimah.

Walau aku hidup di akhir zaman ini.
Akhir zaman penuh dugaan duniawi.

Aku mahu jadi hamba Allah yang suci Hati nya.
Yang kuat hati dan kukuh iman nya.
Yang tinggi tahap sabar nya.
Aku mahu jadi muslimah..
Walau ianya masih terlalu jauh dari aku sekarang.


Aku, kau, dia adalah daei seperti yang lain-lain.

Ayuh bangkit semua dari khayal duniawi!

Thursday, August 29, 2013

Untuk Diri Sendiri :')

Mahu saja banjirkan kelopak mata ini.
Biar hujan di kiri kanan pipi.
Biar hati luluh ini pulih lagi.
Aku mahu lari kan diri.

Aku mahu saja lari.
Lari dari realiti kini.

Aku mahu teriak atas bukit sendiri.
Tapi, apa yg bakal aku peroleh nanti?

Aku mahu tenang diri.
Cuma DIA boleh bantu aku ini.

Kejap lagi aku mahu jumpa Dia.
Cuma Dia. ;')
Mengadu pada Dia.

*Hati. Mohon kamu tetap kuat sampai akhir.

Tuesday, August 27, 2013

:|

Kau x nampak akhirat.
X bermaksud kau x yah kejar akhirat.
Kau nampak dunia luas.
X bermaksud kau wajib kejar dunia semata.

Sedangkan apa yg kau x nampk
Tu la yg kau wajib kejar.
Selagi nyawa kau masih Allah pinjamkan utk kau..

Kejar dunia.. Kau x dpt akhirat..

Sedarkan dunia cuma tempat singgahan kita semua.
:'/

Friday, August 23, 2013

P.E.N.A.T

Aku sudah penat.
Terlalu penat..
Beri aku ruang ya.
Aku perlu ruang utk sendirian.

Jangan dekat sama aku ya.
Aku tak mahu lebih sakit jiwa.
:(

Aku mahu cinta Ilahi.
Cuma itu yang xkan pernah tinggal kan aku.

Aku tak mahu fikir tentang jodoh sama mahluk Allah..
Buat masa sekarang.

Aku takot..

Takot..

Aku takot kalau2 jodoh aku sama KEMATIAN..
Mungkin lebih awal dari jodoh aku sama Mahluk Allah.

T__T

Monday, August 19, 2013

Nadia Zahari :')




Nadia Zahari. A really sweet and talented slave of Allah. Kenal dia masa di Unisel. X rapat tapi pernah satu kelas sekali dgn arwah, utk 1 subjek. Selalu stalk http://nadiazahari.tumblr.com/ ni dgn fb page dia.

She was such a really nice person for me. I can see it from her character. Gambar2 dia shoot semua cantik2 sgt2. Saya sy stalk tumblr dia sejak awal lagi. And I do know why me friend told me. Wajah arwah bersih bersinar masa dia melawat hari tu, Jumaat 16.08.13.

It was bcoz of her kindness and soft heart, who obey the Creator of us. :’) She did it on her way to teach kids on how to do Salah and Wudhu’. U can see it from how she made an interactive program based on Salah and Wudhu’ for her Final Degree Show.

It was a lot of advised and a good words from Hadith and Quran on her Tumblr and fb. Suka tengok dan baca satu2 apa dia taip. Seorang hamba Allah yg sentiasa igt pada PenciptaNya, Selalu nasihat orang lain ttg Agama.
May all the good things and Hadiths u have told people about will help u until Jannah.
Tanam lah pokok2 di kubur arwah.. Moga daun2 dan mahluk Allah akan sentiasa bertasbih buat kamu. Setiap kebaikan yg kamu beri dan di guna oleh orang lain, Kamu akan dapat ganjarannya juga. Bukan di sini, Tp di sana. Awak adalah inspirasi bt saya.

One thing for sure!

“I didn’t know you personally, But I do know your kind heart and your personality.’’

I Pray for you Nadia Zahari. Moga Syurga bt kamu. 


Friday, August 16, 2013

ALLAHU!

''HE is the one that I should be in love with.''

ALLAH!..

The creator of all of US!

Sunday, August 11, 2013

sifar

Aku kurang gemar menaip / menulis pada situasinya aku sedang marah.
Tahu kenapa?

Sebabnya Mudah,

''Tahap sabar aku pada situasi itu adalah mencecah sifar.''

Jadi Silence are much better.. ;|
Zikir terapi dulu masa tgh marah pastu baru menaip ye.

^___^

Thursday, August 1, 2013

Dalam hati saya ada 1 Taman..

Dlm hati sy ada 1 taman.
Tapi.. Bkn ''tmn biasa.''
Ianya, Taman IMAN! :)
Penuh cinta dari Allah.
Percaya tak kalau saya cakap..
Taman Iman ni.. Lg best dari
Taman2 lain taw!
Hihi jom msk tmn iman!

Rugi tak masuk :)

Monday, July 29, 2013

Itu aku.

Yang tidak terlihatkan oleh sekeliling.
Itu aku.

Yang cuma berdiam terbisu saat keliling menggila.
Itu aku.

Yang suka bersendiri tanpa sahabat.
Itu aku.

Yang di anggap aneh oleh sekeliling.
Itu aku.

Yang mencari RedhaNYA, berbuat dosa/khilaf.
Itu aku.

Aku hanya hamba pendosa tanpa noktah yang biasa.

Aku mencari manisnya iman dalam hijrah ini.
Nyata aku temui manisnya iman.

Ianya jelas nyata..

''Kalau kau rasa hidup ini pahit.
Maka Allah lah gula dan pemanisnya.''

Panggil saja aku aneh, pelik, sombong membisu.
Aku terima, sebab itu adalah aku.

^____^v saja. Allah kan ada.

Lesap persis angin janji2 itu.

Aku cuma mampu.
Tertawa kecil saat janji2 kosong dahulu.
Terjah masuk otak aku..
Ada satu rasa aneh, Tapi, bukan pilu,
Ia adalah rasa ''Tolol''. tahu?

Mari aku hancurkan janji2 kosong itu.
Biar aku lupa terus.
*BANG! BANG! BANG!*
Lesap persis angin janji2 itu.
Senyum.. ''Hati'' Ayuh.
Move on! ^___^

Wednesday, July 24, 2013

Belajar untuk Redha.

Diam kamu, sudah cukup buat aku lemah, lemas dalam esak sendiri.
Aku undurkan diri. Biar kamu lepas bebas dari aku ini.

Kerana Aku redha.. Belajar untuk redha.
Melihat kamu, MM.. bahagia. sudah cukup buat saya bahagia juga.

Masih mampu aku ini senyum walau hati berhujan terus.
Kerana Allah sentiasa ada utk aku.
Utk jaga, lindungi hati aku.

;'(

Wednesday, July 17, 2013

"STRESS TAHAP INFINITI"

Aku rasa aku sudah pendam terlalu banyak benda, terlalu lama. infiniti?
Sampai satu saat. Aku rasa ada bagusnya untuk serah kalah. :'(
Aku pendam dalam-dalam sampai celaru sendiri.
Sampai satu saat aku rasa tak layak dan tersungkur, jatuh.

Mungkin kah perlu aku biar otak ku keluar bersiar-siar?
Bukan bersiar-siar suka-suka.
Aku cuma mahu rehatkan otak aku.
Ya. Mungkin aku harus biar ia bersenang-senang juga.

Otak, fikiran, akal..
Mohon oleh si aku ini, jangan celaru dan jatuh sekarang.

Mari, aku biar kamu tiga ini keluar sebentar dari aku.
Aku mahu ia Sifar-Sifar.
Sifar dari segala perkara.

Biar cuma hati yang mencari PenciptaNYA.
Aku mahu tenang.
:'(

"MOOD : STRESS TAHAP INFINITI"

Tuesday, July 2, 2013

'Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''

Takkan ku lepas kan kamu.
Pegang erat-erat kamu dalam hati dan doa ku.

Tak perlu kita ini jumpa selalu.
Cukup kita bertemu,
Cuma dalam doa kita.

Aku perlu kamu membimbing aku,
Walau aku tahu cukup cuma Allah untuk aku.
:')

Allah hadirkan kamu buat aku.
Terselit hikmahnya di situ.
Maka aku mahu hargai kamu.
Sebagaimana aku ini hargai segala apa milik ku.
Dahulu, kini, selamanya. Infiniti BERSATU.

Sepertimana yang kamu katakan pada aku.
''Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''

Aku juga sama seperti kamu. :)
''Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''

Monday, June 24, 2013

Dua Hadiah Istimewa dariNYA :)

Saya tak sangka saya dapat hadiah istimewa dari Allah satu-satunya.
Satu, saya peroleh hidayahNYA, perlahan2 saya cuba berhijrah dan istiqamah.
Saya x minta lebih.. cuma mahu bahagia dan redhaNYA.
Saya mahu Syurga bersama orang yang saya sayang.
Saya tak mahu sepet seperti dulu lagi. Sepet, maksudnya. dulu...
Saya masih tercari-cari hidayahNya. malah saya x cuba sungguh2 cari hidayahya dulu.
:( saya cuma tunggu tanpa usaha sikit pon.
Sekarang saya rasa hidup punuh makna dan rasa. Selamat :)
Berhijrah mmg yg paling bagus. Terima kasih dan Syukur saya ucapkan padaMU Ya Allah.
Atas hidayahMu ini pada saya yg selami ini selalu lalai. T_T


Dua, saya peroleh kamu yang menjadi kesayangan saya.
InsyaaALLAH bukan cuma setakat hari ini. tapi selamanya.
Saya akan sentiasa sayangkan kamu dan cinta kan kamu.
Malah saya serahkan segala nya pada Ilahi apabila saya mula cinta kan kamu sayang.
Ini semua sebab, bagi saya, semua rasa datang dari Dia. Dia yang kurniakan rasa cinta ini.
Buat kamu kesayangan saya :) Maka saya terima segala apa tentang kamu.
Mungkin kamu adalah yang terbaik pernah saya temui, maka xkan saya lepas kan kamu sayang.
Allah kurnia kan kamu setelah doa saya padaNya.. Syukur lagi sekali, :)
Pimpin saya ke JannahNya ya sayang saya. Janji dengan saya ya,
Saya memang betol2 sayangkan awak kerana Allah.
Percaya lah ;)

Friday, June 21, 2013

Lorong Hati

Kita punya satu lorong Hati buat hantar segala rasa.
Aku mahu guna sebaiknya, Sentiasa.

Biar kamu lemas, tapi jangan muak ya.
Yang aku perlihatkan ini, cuma sebahagian dari semuanya.

Rasa itu terlalu luas untuk aku simpan sendiri sahaja.
Ianya meruah mencari kamu, bertukar menjadi aksara-aksara.

Aksara-aksara tersusun manis berdestinasikan kamu sahaja.
Masih, aku mahu karangkan kamu segala rasa dari hati.
Masih, terlalu banyak.

:)

mewah rasa bahagia

Cukup cuma kata-kata dari kamu sayang.
Sudah bikin aku mewah rasa bahagia

^___^

Tuesday, June 18, 2013

Tak kan ku lepas kamu sayang ku.
Akan ku tatap kamu sepuasnya.
Ku sayangi kamu tanpa jemu.
Akan ku cintai kamu selamanya.

Aku cinta tiga ini selamanya.

Sayang, Allah beri aku rasa cinta sempurna.
Cuma untuk DIA. dan cuma untuk kamu.
Aku akan cinta DIA dan cinta kamu saja.
Bukan seperti semalam atau hari ini ya.
Tapi ia akan lebih dan lebih lagi, Tak tipu.

Rasa cinta itu pecut tinggi, bertambah.
Hari ke hari, destinasinya, KAMU.
Rasa ini, tak pernah pecut turun, berkurang.
Moga kamu juga begini sayangku.



Tapi aku masih cinta keluarga aku juga,
Masih cinta. Sentiasa :)


Aku cinta tiga ini selamanya.
Pencipta kita satu-satuNYA, Kamu, Keluarga ku.

;

♥ Ikut NAFSU , LESU
♥ Ikut MARAH , PARAH
♥ Ikut HATI , MATI
♥ Ikut JIWA , KECEWA
♥ Ikut IMAN , InsyaAllah AMAN

Pilih2, hehe~

:)

Sayang ku, saya pilih berdasarkan IMAN :D

sebab saya mahu redha dan JannahNYA bersama kamu sayang

^___^



Tuesday, June 11, 2013

Sayang. Aku mahu.

Sayang.
Aku mahu kita di bawah gebar yang sama, bersatu.
Di bawah pekat malam berteman cahaya bulan bintang.

Sayang.
Aku mahu cuma kita berdua, mesra manja.
Manja aku, cuma kamu yang rasa dan perlihatkan.

Sayang.
Aku mahu Kongsi rasa cinta hanya bersama kamu.
Bukan dengan yang lain.

Sayang.
Aku mahu sebar aksara2 khas untuk kamu.
Selagi senyum kamu masih berbaki.

Tapi sabar dahulu, sayangku.
Aku bukan mahukan ini semua sekarang.
Nanti. selepas akad dan janji termetrai bersatu.
Kita tunggu ya sayang.?

:)

Monday, June 10, 2013

I Heart You

Aku bukan jatuh cinta pada rupa.
Tapi aku jatuh cinta pada cantik hati nya.

Aku bukan jatuh cinta pada rupa.
Tapi aku jatuh cinta pada cantik iman nya.

Aku bukan jatuh cinta pada rupa.
Tapi aku jatuh cinta pada manisnya dia.

Aku bukan menipu atau berkata madah.
Tapi benar ini yang aku rasa,

Kamu tahu kuasa jatuh suka dan cinta.
Bukan kuasa kamu, tapi DIA.

Maka siapa bilang kalau aku.
Jatuh cinta pada rupa.
Aku jatuh cinta kerana
Ia kurniaan rasa. DariNYA.

Terima Kasih kerana memilih sayang berdasarkan HATI.
Kerna sayang juga memilih abang berdasarkan HATI.
;')

I love you abang sayang.

Monday, June 3, 2013

Kamu itu terlalu manis

Sayang.,
Apa kamu tahu?
Manis kamu itu sudah tersebar pada aku.
Mana mungkin tidak aku pakai senyum aku ini?
Pasti ada manisnya. Pada tiap kata-kata kamu.
Manis lagi hati aku ini jadi.

Aku senang memikirkan kamu sentiasa sayang.
Ada pun yang paling aku mahukan adalah hati kamu.
Hati yang kasihkan aku setulusnya sayang.
Hati bersih untuk jadi pemimpin aku.

Pada saat kamu memilih aku berpandukan hati aku.
Maka aku lah paling terharu di sini.
Terharu kerana kamu memilih berdasarkan hati aku.
Ternyata doaku di makbulkan kini.


Pada saat kamu memilih aku berdestinasikan hati aku.
Aku merasakan perihal yang sama juga.
Aku jatuh suka dan cinta pada Raja / Hati kamu.
Maka. Aku memilih kamu berdestinasikan hati kamu juga.

Sayang.. Kamu itu terlalu manis.
^___^

Wednesday, May 29, 2013

aku sayang kamu

Paling indah untuk aku terima.
Cinta tulus kamu sayang.
Paling ikhlas untuk aku beri.
Cinta aku, untuk kamu sayang.

^___^

<3

Sunday, May 26, 2013

Moment

Paling bahagia untuk aku terima.
Hati aku yang kamu curi ambil itu.
Setelah aku menjadi si pencuri utama.
Hati kamu dahulu.

Paling sedia untuk aku terima.
Kamu yang buka kan semula hati aku.

Saat bahagia untuk kamu bayangkan.
Senyum tawa aku yang kamu hadir kan dan mula kan.

Moment bahagia untuk aku rasai.
Hati aku yang kamu selami.

Moment bahagia untuk aku simpan di hati.
Rindu aku yang kamu rasai.
Rindu berbalas rindu dari kamu.

Moment bahagia untuk aku temu kan.
Rasa cinta kurniaan NYA.
Rasa manis cinta dari kamu.

Wednesday, May 22, 2013

Jenayah Cinta Paling Sempurna

Bukankah ini adalah jenayah cinta yang sempurna?


Jika aku curi hati kamu, dan kamu curi hati aku?


Rasa sebegini perlukan kedua-dua pihak bergabung berkerjasama mencuri hati sesama sendiri.
Maka ia jenayah cinta paling sempurna bagi aku.

Tuesday, May 21, 2013

SayangRinduCintaKamuSentiasa.

Saat kamu bicara kalau madah aku ini semanis gula2 kapas.
Percayalah, di hati ku,
Kamu ternyata lebih manis.

Saat ku hirup teh bunga manis.
Percayalah, manis teh itu terkurang di situ.
Kamu tahu mengapa ianya kurang manis?.
Kerna manisnya ada pada kamu.



^__^



Hari-hari ku tidak manis tanpa hadirnya kamu.
Juga tidak manis jika tiada cinta Ilahi satu-satunya.
Semanis apa pon sesuatu itu.
Tanpa kamu, keluarga dan DIA.
Hari-hari ku tidak akan manis, tepu.

SayangRinduCintaKamuSentiasa.

<3

Monday, May 20, 2013

;')

Dia duduk berteleku menghadap kiblat berserta Quran dan Yaseen bersamanya.
Bsersama hati yang redha dengan pemberianNYA.
Sendiri dia di situ, tetap tabah.
Mendoakan arwah suaminya.
Sendiri dia di situ, tetap jua tabah.
Menghadiahkan baccan2 ayat suci AL-quran untuknya.

Hati dan luarannya tetap cekal tabah walau aku tahu.
Ibu ku tetap sedih dan sepi.
Aku tahu rasa itu.
Aku juga kehilangan. Seorang lelaki.
Bapa ku. Kehilangannya perit untuk aku.

Ibu. maaf ku pohon dari mu ibu.
Aku bukanlah anak terbaik kamu.
Tetap juga bukan yang paling teruk.
Tapi aku jadi pliu seperti mu.
Setiap kali rindu padanya datang pada ku.

Rasa rindu itu akan selalu menjenguk aku.
Perit untuk di tepis, malah untuk kuat juga sukar.
Terlalu sukar, kadang kala, tertewas juga aku
Kalau bagi aku adalah sukar.
Maka begitu juga bagi ibu ku.

;')

Aku sayang ibu bapa ku. MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba temani mama selagi mampu.
Terlalu sayangkan MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba menjadi anak solehah semampu aku.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku

Iman dan Islam

Mati kan (Tidurkan) aku dalam Iman.
Dan Hidupkan aku (Bangunkan dari tidur) juga dalam Iman.
Aku bersyukur lahir sebagai Islam di bumi Mu.
Maka tidurkan/matikan kami selamanya dalam Iman dan Islam juga.
Panjangkan umur kami, agar kami terus istiqamah dalam mencari cinta Mu Ya Allah.
Suci kan kami dari dosa-dosa kami

Sunday, May 19, 2013

Penuh cuma nama kamu


Pada tiap helai kertas yang aku temukan.
Akan aku lakar nama kamu.
Fikiran aku penuh kamu saja yang aku carikan.
Penuh, Cuma nama kamu.

Pada tiap doa - doa ku,
Pasti ada nama kamu di dalamnya.

Doa ku moga kamu selamat dan bahagia
Doa ku agar kamu rasa rindu ku.

R.A.S.A

Rasa di hati ini manis.
Rasa di hati ini bahagia.

Ada satu taman wujud di sini.
Taman hati dan cinta.
Entah bila ia berkembang cantik di sini.
Ianya taman penuh bahagia.

Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan rasa ini.
Aku bersyukur di beri kan rasa ini.
Akan aku jaga rasa ini.
Sudah lama aku tunggu rasa ini.

Walau rasa ini bertukar ganti.
Tapi cuma kali ini.
Rasa in yang aku ingini.
Cuma rasa kali ini.

Benar aku mahu jaga rasa ini.
;')


Tuesday, May 14, 2013

Tetap Ada


Kamu tetap ada dalam hati aku.
Walau sejauh mana kamu pergi.
Selama mana kamu tuju dan mahu.
Malah, tetap juga aku di sini.


Bersama hati kamu,
Yang telah sedia di sini.
Mendiami ruang hati aku.
Penuh cuma kamu di sini.

Sakit Rindu

Hati aku rasa sakit.
Sakit rindu.. bukan main-main.
Sebak Sedih, terlalu rindu.
Aku tak kuat sekarang.
Sepertinya aku mahu saja menangis.


Tolong jangan tinggalkan aku pada saat aku terlalu perlukan kamu.
T____T

Aku tak mahu sakit lagi.
Janji jangan tinggalkan aku ya.

Monday, May 6, 2013

S.E.P.E.T.


Sepet mata ku memandang cahaya terang.
Yang ditembak-tembak laju dari ambang.
Yang merebak ke segenap ruang.
Ahh masa untuk bangun wahai si sepet

Si sepet aku keluar sendiri.
Tanpa berteman rakan.
Mata sepet aku memerhati.
Mencari sesuatu mungkin.

Si sepet mahukan kehidupan bahagia.

Lalu di cari nya "kehidupan itu"
Di temuinya apa yang di mahukan itu.
Bersyukur si sepet aku pada DIA.
Si sepet aku bertemu dengan hidayah NYA.

Seperti apa yang di hajatkan.
Lalu si sepet aku ini.
Mulakan sujud pada satu Kiblat yang sama.
Arah yang benar berlandaskan DIA.

Hati aku tangis pada khilaf sendiri.
Malu pada DIA.
Aku mahu bersih dari dosa-dosa sendiri.
Tapi harus bagaimana?
;(


Tapi satu yang si sepet aku pasti,
Syukur aku lahir sebagai Islam, Muslim.


Dahulu aku sepet tak terperasan khilaf sendiri.
Sekarang aku buka mata luas-luas. Ya.
Untuk sedar kan diri pada khilaf sendiri.
Aku tak mahu sepet semula.

TAK MAHU!


Tunggu, Kami Datang.

Malam LimaMayDuaRibuTigaBelas.
Malam penentu masa depan negara.
Malam separuh diri aku di hasut syaitan.
Separuh aku di bangkitkan rasa amarah gila.

LimaPuluhPeratus aku rasa amarah.
LimaPuluhPeratus aku rasa serbasalah.
Marah pada keputusan malam itu.
Serbasalah pada kata-kata aku.

Lalu aku tunduk kan rasa ego dan amarah aku.
Sepantas itu aku minta kemaafan dari semua.
Hati aku marah kerana aku tahu erti syukur.
Rasa itu seharusnya untuk perkara yang benar sahaja.
Bukan boleh suka-suka ucap bagi aku.
Tapi tak apalah, Mereka kurang faham mungkin.

Aku tunggu pada lima tahun akan datang.
Masa untuk anak-anak muda bangkit.

Tunggu, Kami datang~


Mahu Ku Cuma Satu

Hati aku resah tak bertempat.
Datang tak berundang.
Entah rasa gila mana menyergah.
Hati aku rindu bukan kepalang.
Entah dari mana datangnya,
Kamu tahu dari mana puncanya?

^___^


Mahu ku cuma satu, Kamu.
Mahu kamu bahagia selalu.


Mahu ku cuma satu, Senyum Kamu.
Mahu kamu senyum selalu.


Mahu ku cuma satu, Hati Kamu.
Mahu kamu ingati ku selalu.


Sepertinya aku sudah gila.
Ahh siapa peduli. :P
Kerna aku sendiri yang rela.
Kamu peduli?

Friday, May 3, 2013

Andai saja perkara ini mudah.

Andai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu melastik bintang buat kamu.
Biar ia jatuh di sisi kamu.
Biar ia temani malam kamu.



Andai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu carik-carik saki baki awan.
Biar ia selalu lindungi kamu.
Biar ia selalu dingin kan kamu.


AnAndai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu bikin gula-gulo kapas.
Biar ia tambahkan manis senyum kamu.
Biar kamu tahu kamu dua-dua manis.


Andai saja perkara ini mudah.
Mahu saja aku kirim rindu buat kamu.
Melalui lorong hati ke taman hati kamu.
Biar kamu rasa rindu ku.


Ahh.. Andai saja perkara ini mudah..


>////< eh eh ^__^v

Thursday, May 2, 2013

Satu Niat Ku.

Kalau suatu hari nanti aku berpurdah..
Apakah pandangan yang bakal aku peroleh?
Terlalu banyak yang akan di terima kelak.
Walhal sekarang aku cuma berniat.
Namun ternyata, kini.
Jawapannya telah tersedia dari awal.

Ada yang memberangsangkan.
Ada yang menolak secara baik.
Tidak aku salah kan sesiapa.
Ini adalah di lema aku sendiri.

Aku mahu begitu bukan kerana indahnya rupa,
Tatkala wajah di tutup separa niqab.
Aku mahu begitu untuk menjaga diri.
Juga keranaNya. Aku mahu bersih.

Aku cemburu pada niqabis yang berani.
Berani begitu walau banyak halangannya.
Terus terang aku suka memandang niqabis.
Kerana aku ingin seperti mereka,
Aku ingin kuat seperti mereka.

Aku mahu sahabat seperti mereka.
Sahabat yang selalu istiqamah bersama.
Sahabat yang akan ingat kan aku perihal agama.
Perihal duniawi ini cuma persinggahan buat kita.

Aku mahu seperti mereka bukan untuk di kagumi.
Tapi untuk sama-sama menuju cinta Nya.
Aku mahu seperti mereka bukan untuk di lihat-lihat.
Tapi aku cuma mahu di biar tak di perasankan oleh semua.

Ya Allah. ku pohon padaMu.
Permudahkanlah jalan ku.
Permudahkanlah niat ku.


Izin kan ku berniqab apabila ku sudah bersedia dan kuat.
Izin kan ku Ya Allah..

Monday, April 29, 2013

*Aku mulut manis dgn yg aku Sayang ja.*

Percaya tak kalau aku kata.
Kalau hati dah sayang,
Hari-hari kalau boleh nak tengok dia.
Kalau hati dah sayang,
Kau nak dia selalu ada ja.


Kau bukan peduli dah yang lain kan?
Yang kau peduli cuma dia. kan?
Orang panggil kau meroyan angau pon xpe. kan?
Yang kau tahu, kau dah Sayang dia. kan?



Kau xsah tipu la. kalau sehari x msg/tegur/jumpa.
Kau tak kan rasa apa-apa.
Hati kau rasa macam gelisah2 ja.
Kau rasa nak mulut manis ja.
Yela mesti la nak bagi orang tu suka.
:P

__________________________________________



Sebab aku pon rasa gak camni.
Yang penting aku suka. gembira.
Aku suka mulut manis ni.
Sebab aku suka lakaran puisi hati.


*Aku mulut manis dengan yang aku Sayang ja.*


^___^v

peace yaw~

-.-''

Sakit perut sakit pinggang.
Nasib baik tak sakit hati.
Tapi jap g otw balik rumah.
Comfirm2 sakit hati.

Sakit hati perut lapar.
Tengok jalan raya penuh kereta.
Sakit lagi hati tengok attitude driver2.
Kau orang tak perlu hon-hon la.
Aku yang panas telinga dengar.
-,-''

Sekian~

:p

Sunday, April 28, 2013

Aku mahu bertanya.

Hidup kamu bahagia?
Berkitab kan anasir-anasir jahat dunia?
Bertuhan kan selain DIA?

Ya mungkin kamu rasa bahagia.
Tapi itu cuma bahagia dunia.
Bukan bahagia di "sana".

Kalaupun kamu bahagia,
Itu melalaikan kamu saja.

Lalai di dunia itu terlalu Mudah.
Tapi istiqomah di dunia itu Susah.

Aku bertanya hanya kerana.
AKu.. pernah seperti itu dulu.
Ya, Aku pernah lalai leka pada duniawi semata.
Aku lupa siapa aku.

Tapi tidak lah aku bertuhan kan selain DIa.
Dan berkitabkan anasir jahat dunia.
Aku cuma leka di buai mimpi dunia.
Sekarang aku sudah bangun dan tidak leka.

Ya Allah.
Satu ku pinta dariMU.
Jangan pernah leka kan aku semula.
Jangan izinkan aku kembali seperti dulu,

Hidayah Mu perlu ku cari.
Dan cuma atas izinMu.
Aku ini barulah berhak mendapatkannya.
;')


Ilmu Allah itu untuk semua.

"Manusia pendosa tanpa noktah"

Aku pohon kemaafan, keampunan dari keduanya.
Ibu Bapa ku.
Dan juga padaNYA,
Dan juga pada semua.
Dari saat lahirnya aku hingga saat aku pergi.

Sebabnya? Mudah..


"Aku manusia pendosa tanpa noktah"
:'(

UNTUK MAMA

Adanya aku di bumi Allah.
Kerana bersatunya ibu bapa ku.
Juga dengan izin Allah.

Aku menadah tangan berdoa padanya.
Jangan ambil salah satu dari mereka.
Sekelompok manusia yang aku sayang sentiasa.
Tapi aku cuma bisa meminta.
Kerna aku bukan Dia.

Aku mengerti, satu nikmat aku di tarik.
Mungkin ada yang lebih baik menanti.

Ianya mengajar aku erti hidup di bumi Allah.

Jangan pernah putus asa dan harapan.
Meski hidup tak seindah dulu.
Kelak kau takkan tahu apa nasibnya kau.
Tanpa kau mencuba dulu.

Mama, Papa,
Aku sayang kamu sentiasa.
Aku cinta kamu sentiasa.

Mama, kita ini kuat kan?
Mama, kita ini boleh kan?
Mama, doakan papa selalu kan?
Sebabnya papa memang hidup dalam hati kita kan?
;')


Aku mahu mama kuat hadapi dugaan ini.
Usah ragu, Kami sentiasa di sisi Mama.

Walau aku bukan yang terbaik.
Tapi kamu dua adalah yang terbaik bg aku.
AKU SAYANG MAMA PAPA SENTIASA.
^___^.

Tuesday, April 23, 2013

Pilihan Kau?

lelaki mana2 pon akan suka aweks hot kn.. even lelaki tu sendiri x HOT LANGSUNG..

FAKTA YE FAKTA~ >_____<

Sebab apa aku ckp camni?
Sebab aku pon pernah couple dgn lelaki GEMOK CHUBBY~
see? tapi clash juga.. Alhamdulillah kami CLASH.. aku bahagia~ XD

ni je aku nk ckp : utk lelaki..

*yang memilih si kaca tu sebabnya mudah..
*Dia pilih guna mata luaran yg kosong. bukan guna mata hati*
padahal permata lah yg wajar di pilih..
hati dan Agama lah paling penting~*
*cebik huh*

Monday, April 22, 2013

"TRUST ME, i have had it WORSE~"

Kalau kamu rasa hidup kamu teruk.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu x menarik.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu tidak bijak.
tRUST ME, i have had it WORSE~



Kalau kamu rasa kamu kurang bernasib baik.
Saat kamu lahir ke dunia ini.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu adalah si kalah.
tRUST ME, i have had it WORSE~


"TRUST ME, i have had it WORSE~

ini memang bukan hal main-main!

*saya adalah hamba Nya yang lahir tidak cukup berat lalu terus di tempat di inkubator selama 6 bulan..
berteman kan wayar-wayar yg mencucuk saya setiap hari. Hanya bayi yg harus berjuang seorang diri untuk terus hidup..
Hanya doa ibu bapa dan kuasa Nya yg memberi saya peluang hidup menjadi saya yang sekarang.*

*Saya si bayi yang hidup berteman kan wayar2 di cucuk kn
ke badan kerna saiz bdn terlalu kecil, lemah.
*Saya mangsa buli sepak terajang zaman sekolah dulu.
*Saya si loser yg x di pandang sesiapa.
*Saya si kurang bijak yg gila kan SENI.
*Saya mangsa yang di pulau kan kawan sendiri masa sekolah dulu.
*Saya mangsa tikam belakang sahabat baik saya sendiri.
*Terlalu banyak yg saya hadapi selama hidup saya.

Tapi tetap juga saya bersyukur padaNya. kerana dengan izinNya.
Saya adalah saya yang sekarang.

''Hidup x selalunya indah. Allah sendiri tak pernah menjanji kan kehidupan ini mudah,
tapi Allah sentiasa ada untuk kita, hambaNya''


You think you have had it worse than me?
:(


"TRUST ME, i have had it WORSE~"

Friday, April 19, 2013

rasa


(rasa adalah perkataan yang aku tukarkan menjadi bait-bait puisi indah)

aku percaya


Aku yang dahulu telah pergi dari aku yang sekarang.
Aku yang dahulu xkan muncul lagi ke aku yang sekarang.
Aku tidak lagi mahu jadi aku yang dahulu.
Cukup, cukup.. Aku mahu kekal menjadi aku yang sekarang.

Aku selesa dengan aku yang sekarang. ^_^
Bahagia dan aman, walau dugaan sentiasa datang.
Kalaupun dugaan ini datangnya khas untuk buat aku lebih baik.
Dari sehari ke sehari. Aku terima dugaan ini.

Aku tidak boleh menolak dugaan hidup. Aku cuma hambaNya.
Aku bukan "Dia".
Jadi aku terima dugaan dariNya.
Hadapi juga walau terasa lemah.
Dia ada untuk bantu aku.
Aku percaya itu
:')

Thursday, April 18, 2013

Bait-bait puisi

Bait-bait puisi adalah pertukaran antara
Rasa dan susunan-susunan abjab oleh hati aku sendiri.
Yang pada akhirnya terbentuk menjadi lakaran puisi hati.
Yang mana awalannya cuma hanya ada rasa.

x LAMA~

Perasaan aku terhadap ex's aku adalah sifar.
Tiada sebesar zarah juga.
Untuk aku bersedih lama-lama, adalah TIDAK.
Yang berlalu pergi tinggalkan aku, adalah mereka.

Lalu untuk apa bersedih lagi.
Bukan di kisahkan juga oleh mereka.
Maka seharusnya aku maju sahaja lalui hal ini.
Ya aku butuh waktu utk pulih tapi x LAMA~

S.U.K.A.~

Aku selalu tersenyum sendiri.
Dinding hati aku penuh kamu saja.
Lalu rasa bertukar ke bait puisi.
Aku suka rasa ini. Ya.

Suka~

Tuesday, April 16, 2013

H.A.T.I

Tidak berani aku intai hati kamu.
Khuatir nanti terjatuh di sana.
Tapi aku degil, aku intai jua.
Lalu benar, terjatuh jua aku.

Hati kamu singgah di hati aku.
Tanpa mahu keluar lagi.
Benar ini apa aku rasa pada kamu.
Hati aku tidak menipu.

Sengih Senyum.

*Capital M.M

M.A.S.I.H ^_^



Masih, Dia Itu Senyum.
Walau hidup tak seindah mimpi malam.

Masih, Dia Itu Senyum.
Walau hidup penuh dugaan.

Masih, Dia Itu Senyum.
Ya Senyum dan hadapi semuanya.

Masih, Dia Itu Senyum.
Dia tidaklah lemah.
Kerna dia tahu Allah selalu bersamanya.
Kuatnya dia kerna doa dan mengadu padaNYA.

Masih, Dia Itu Senyum.
Kerna sokongan dari semua.
Terharu. :')


Ya..
Masih, Dia Itu Senyum.


Monday, April 15, 2013

"Masih dia itu Senyum."

Senyum yang terukir,
Seperti tidak mahu beredar dari wajah.

Ya, dia itu sedang Bahagia.
Menerima rasa dari Dia.

Rasa Bahagia khas dari Dia.
Mungkin itu "hadiah" buat dia.

Tetap harus juga dia hargai,
Rasa itu, kerna rasa itu sahaja.

Yang dia carikan, nantikan.
Selama hidup nya.


"Bahagia"

Masih, Dia Itu Senyum.
Tanpa bicara. Seperti Gila.



Masih, Dia Itu Senyum.

Kerna Bahagia Mendiami Dirinya.

^____^

Friday, April 12, 2013

Rindu.


Aku rindu papa.
Sejak kebelakangan ini, aku selalu teringat kan arwah papa..

Rindu.
Tapi tak mampu jumpa.

Rindu.
Tapi tak mampu dengar suara nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu tatap gambarnya.

Rindu.
Tapi cuma mampu mendoakan nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu menghadiahkan Yasin, Al- Fatihah sahaja.

T____T

Tuesday, April 9, 2013

*BERANGAN*

Some day, I will be your Girl..

ermm.. nahh..

Some day, I will be your Wife.

haaa.. :P

ini baru betul.. XD
(Senyum.Cakap sorang2)

*BERANGAN*

Sunday, April 7, 2013

SIFAR~ Senyum.

Kekerapan aku, berhubung sesama “Ex” aku adalah mencecah SIFAR~.
Senyum. v(^___^)v
Tak perlu aku toleh ke belakang lagi.
Masih aku,
Senyum. v(^___^)v
Melangkah maju ke depan!
Senyum. v(^___^)v

Friday, April 5, 2013

Selalu saja lupa

Sering saja manusia itu mengaku.
Perihal jodoh,dia yang pilih sendiri.
Apa kamu lupa? semua datang dari Nya.
Soal jodoh, bukan manusia punya hal.
Bukan manusia yang pilih sendiri.
Apa kamu lupa? pilihan dan penentunya.
Semua Allah punya urusan.

Kalau kamu mahu pilih siapa jodoh kamu.
Maka mahu jugakah kamu pilih tarikh mati kamu?

erk..
Selalu saja lupa.. kan?

Wednesday, April 3, 2013

(^______^)

Aku tersenyum tanpa punca.
Tanpa sedar, (Masih Senyum), Gila.
Lalu aku cari arah puncamya.

"Owhh, Kamu rupanya,"
"Kamu yang buat aku tersenyum"
Lagi dan lagi dan lagi.

Ya! Kamu~.

(^______^)

-Kejar-



Aku berlari mengejar mimpi.
Tetap jua tak tercapaikan.
Aku belari mengejar kenyataan.
Tetap jua ia datang menhampiri.

NOKTAH.

Hidup lah dalam kenyataan sebenar.
Bukan dalam mimpi.

Saturday, March 30, 2013

H.A.D.I.A.H ^_^

Maaf saya tercuri hati Kamu.
Tapi saya rasa x nak Pulang kanlah.
Saya nak simpan boleh?
Nah.. Ambil la Hati saya.

Hadiah utk kamu.
<3

Friday, March 29, 2013

MASIH

Masih, aku mahu karangkan,
Bait – bait puisi indah buat kamu.
Walau kamu itu jauh tak tercapaikan.
Masih, aku mahu karangkan, buat kamu,

Baca, terokai dan selami lah kamu,
Akan bait-bait puisi aku.
Aku sendiri tak perasankan rasa hati aku.
Apa benar yang aku rasakan itu?

Thursday, March 28, 2013

ALLAH wajib nombor SATU!

Apa-apa yang kamu bikin,
Di mana sahaja kamu berada,
Sesukar mana halangan dan cabaran,
Bila-bila masa sahaja kamu itu ada,
Bahagia tahap apa pun kamu semua,

Harus kamu ingat,
ALLAH wajib nombor SATU!

Monday, March 25, 2013

-T.A.M.A.T-



" Lari , Jangan Berhenti. "

" Noktah. "

" Jalan, Jangan Berhenti"

" Noktah. "

"Kau Berhenti Sendiri."

"Mati."

" Noktah. "

TAMAT.

Sunday, March 10, 2013

Panduan Mu

Berdasarkn Surah Al-Baqarah: Ayat 2.

''Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa;''


Beri aku petunjuk Mu..
Agar aku tidak lah lalai seperti dahulu..
Aku mahu cinta Mu..
Suci kan aku dari dosa-dosa dahulu..


Sesungguhnya aku ini.. Cuma hamba Mu yang lemah tanpa panduan Mu.. Kepada Mu aku berserah..
Aku yakin dan redha dengan semua nya.. Cuma aku mohon dari Mu.. Ringan kan beban kami sekerluarga..
Dengan panduan Mu.. Dan tingkat kan lah Iman dalam hati kami dari hari ke sehari..

Jangan kurang kan Iman kami.. Takut terlalai semula kami..

YA Allah..

beri kami panduan Mu..





Saturday, March 9, 2013

LARI

Aku ingin lari.. Selaju angin..
Sejauh masa tak mampu tandingi..

Aku ingin lari jauh menuju ke Penciptaku..
Jauh dari diri aku yang dahulu..

Aku sedang usaha ke arah itu..
Ke arah bahagia dunia akhirat..

Moga semua di permudah kan..
Aku yakin.. Dan Redha..

Friday, March 1, 2013

S.E.R.U.P.A


Kamu itu manisnya persis gula gula..
Lagak comel kamu bikin aku teruja..

Rasanya..

Sudah lama aku tahan rasa ini ya..
Mana tahu kamu juga serupa..!

Owhh!! Ya..
Kita dua punya rasa yang serupa..
Walau sudah bertahun ya..

Sukanya kita dua!
Gembira berkongsi rasa serupa..

^__^
Sengih-sengih..
Malu-malu aku..

Blushing..
>/////<

Aku harap ini jodoh..
Dari Dia..
Terima Kasih kalau benar ini jodoh..

Senyum dan syukur..
Alhamdulillah..

Sunday, February 24, 2013

utk capital A.A

Aku pernah sukakan kau.. Dahulu..
Semasa aku ini si halimunan..
Kau lihat dan perasan kan aku..
Aku fikir kita cuma.. Orang asing

Kau itu bintang..
Bersinar..
Aku cuma aku..
Menyepi..

Tapi kau selalu kisah kan aku..
Kau peduli kan aku..
Saat semua orang pulau kan aku..
Kau tegur aku sentiasa..
Risau kan aku selalu..
Apa kau tahu perasaan aku?

(Utk capital A.A)

-Farah-

cinta Allah

Saya ini milik Allah..
Maka saya harus cari cinta Allah..
Baru saya dapat cinta sejati..
Dari hati suci..

DariNya saya datang..
Bila2 masa sahaja saya boleh pergi..
Kembali padaNya..
Permudah kan segala nya Ya Allah..

Thursday, January 31, 2013

M.A.A.F....

Tidak ku ganggu kamu bila kamu sibuk..
Tidak ku ganggu kamu bila kamu jauh..

Maaf jika aku ganggu kamu..
Bukan sengaja.. Cuma Sunyi dan Rindu..

Ya..
Akan aku beri kamu masa..
Saat kau perlukan nya..

Maka..

Tidak aku ganggu kamu..
kerana tahu nya aku kamu itu penat..
Kerana tahu nya aku kamu itu tekanan..

Maaf aku kata kan..
Aku tunggu kamu..

Wednesday, January 30, 2013

malu.

Hati tak akan pernah tipu..
Bila mana ia Rasa terlalu rindu..

eheh~

Malu la.. >///<

Puisi Malam.



Malam ini.. Malam puisi..
Malam.. Rasa bergaul sendiri..
Malam.. Rasa bertukar kata sendiri..
Malam.. Rasa rindu pada dia..
Malam ini.. Malam rindu..

(

Aku..


Aku mahu lupa kan kisah lama.
Kisah lama, sakiti aku saja.

Maka.. ia harus jadi.


Noktah! Tamat. Titik.



Aku..

Aku mahu bina indah hidup baru.
Aku mahu catit setiap rasa aku.
Lalu jadikan ia puisi khas untuk Aku, Kamu.

Aku bukan mahu berbicara manis..
Tapi.. cuma memang kamu itu manis..
^___________^


Aku rindu Kamu.
Kamu rindu aku.?

Monday, January 28, 2013

Mimpi~

tilam sudah panggil aku..
minta teman kan ia..
bantal sudah panggil aku..
minta gunakan ia..

mimpi sudah tunggu aku..
minta aku tidur..

aku mahu mimpi kan kamu sayang~

Z.K sy panggil awak ni!

Z.K..
Mahu ke Taman Rahsia dalam hati saya?
X perlu lah ajak.. hehe
Sebab awak.. memang sudah berada dalam Taman Rahsia ni..

Rahsia Kita

Aku ingin sentuh pipi comel kamu..
Terus tatap mata kamu..
Lalu lawan mata sama kamu..

Aku ingin beri tahu semua kalau kamu..
Punya nya aku.. Milik aku..

Tapi.. tak mahu lah aku..
Biar ini jadi Rahsia kita berdua
Shiiihhh…

Saturday, January 26, 2013

Taman Rahsia

Hati aku, Punya satu nama tertulis di situ..
Penuh.. cuma nama kamu.. Ya cuma kamu..
Hati kamu.. Diam-diam sudah aku kuncikan..
Di sini.. bersama nama kamu..

Dalam hati aku punya satu ruang.. tahu?
Ruang apa? Taman rahsia..
Di situ duduk nya kamu..
Selesa kamu di situ..
Duduk diam- diam ya.. di situ..

Hilang~

Dah lama aku x tulis puisi..
Mana pergi bait-bait puisi milik aku..?
Mana ianya pergi?
Entah.. tak tahu aku..
Bait-bait puisi.. hilang.. tak tercari..

hmmm.. idea hilang tak tercari..

Friday, January 25, 2013

pinjam jap..

Awak.. pinjam pensil dan kertas..

Untuk apa? Nak buat apa?

Nak tulis puisi untuk awak la..


Tuesday, January 22, 2013

untuk kamu.

Awak.. nak ambil hati awak boleh kan?

Nak ganti dengan hati saya.. boleh kan?

Kita.. tukar sesama hati kita nak?

♥ nah2..

Monday, January 21, 2013

A.K.U

Aku..
Gadis halimunan..
Gadis miopia..
Gadis aneh..
Gadis pendiam..

Aku tak punyai apa-apa..

Tapi..

Tapi aku punyai hati,
khas hanya buat kamu.

Tanpa Sedar


Tanpa sedarnya aku..
Hati aku sudah kau curi kan..

Tanpa sedarnya aku..
Saat kamu jauh dari aku..

Aku rindu kamu..


Friday, January 18, 2013

-HALIMUNAN-


Aku ini halimuan di mata mereka..
Aku ini kerdil di mana sahaja..
Aku bersendiri.. Punya puncanya..
Aku malas bercampuran sesama manusia..
Kekadang rasa terkekoknya aku.. Gila..
Saat aku cuba bercampuran sesama mereka.
Aahh!! Kaget! Sukar walau sudah di cuba..

Mungkin aku lebih baik begini.. berteman sehanya aku..

Aku sudah terbiasa dengan keadaan ini..
Aku memang paling senyap.. Sepi..
Ini diri aku.. Pelik.. Senyap.. Sendiri..
Aku harap kamu bisa terima aku begini..

Ya.. aku si Halimunan.. kan?
Tapi kamu boleh lihat aku.. kan?
Kamu pilih aku.. Antara yang lain.. kan?
Mungkin betul.. kamu Nampak aku.. kan?
Pada saatnya aku.. adalah Halimunan..

Wednesday, January 16, 2013

Jaga hati aku baik-baik ya!


Mata dan hati..
Tak benar kan aku beradu..
Fikirannya aku.. Terus pada kamu..
Ya.. Hanya kamu..
Nama dan bayangannya kamu..
Terus tertampal dalam hati aku..


Kamu bikin apa sampai begini jadi nya aku?
Lumrah! Jawapannya ternyata jelas..



Kamu bikin aku jatuh cinta..
Jaga hati aku baik-baik ya!

nah..
untuk Kamu..




<3

Mari sama aku.. kita naik Roda Ferris.. mahu?

Tuesday, January 15, 2013

Sambungan.. ^__^

Dalam hati.. ada Taman..
Aku tunggu kamu..
Dalam hati.. ada Cinta..
Aku tunggu kamu..

Ya..
Kamu datang.. saat aku paling sedia..
Tentu sahaja aku terima kamu!


<3

Aku.. Campur.. Kamu..


Aku.. Campur.. Kamu..
Kita bina memori mahu..?
Aku mahu rakam memori itu..
Terus tampal ke hati aku..

Aku.. Campur.. Kamu..
Kita bina cinta mahu?
Aku mahu cinta tu..
Hayatnya, ke Jannah.. mahu?

Aku.. Campur.. Kamu..

Bukan mimpi..
Tapi manis..
Bukan magis..
Tapi realiti..

Kan?

MALAS


Maju, Maju, dan terus Maju!

Hati.. Kau memang gila..
Kau boleh suka siapa pada siapa saja..
Kau boleh benci siapa pada siapa saja..
Gila.. Tabah.. Kuat..

Walau kau di carik-carik..
Walau kau di buang, di pijak..
Kau tetap mara ke depan..

Hati.. usah lihat ke belakang..
Kelak kau lebih derita..
Maju dan maju terus maju..
Melawan arus dunia..

Nasib kau tak mati..
Walau beribu kali kau di sakiti..
Sila kuat ye hatii..?
Boleh kan..?

Arjuna

Hai sang arjuna aku..
Aku masih mahu lihat baki senyum kamu..
Yang kau beri pada aku..
Walau aku, cuma sahabat kamu..
Senyum lah.. Percuma kan..

Monday, January 14, 2013

Harapan Dalam Hati..




Secangkir teh manis..
Satu lagi kopi putih..
Dua keping roti bakar..
Satu meja kecil bersama buku nota..
Ya.. dan satu pensil..
Serta satu gitar di sisi..


Ya aku duduk di sini..
Seorang diri.. Menulis puisi..
Sambil menunggu kamu..
Kamu yang belum aku kenal siapa..
Mari aku nyanyi kan kamu lagu-lagu..
Dan puisi-puisi aku..


Dalam hati.. masih tiada Taman..
Aku tunggu kamu.. Beri aku Taman ya..?
Dalam hati.. masih tiada Cinta..
Aku tunggu kamu.. Beri aku Cinta ya..?

Jadi imam aku..
Jadi yang halal untuk aku..
Bimbing aku ke jalan Allah..
Ajari aku.. lindungi aku..
Itu sahaja aku mahu..






J.A.N.J.I

Kau janji macam-macam..
Tapi.. tapi..
Kau bagi macam haram..

Kau kata kau sayang kan..
Tapi.. tapi..
Kenapa aku kau tinggal kan?

Kau kata aku dan kau..
Macam-macam akan kita tempuh..
Tapi.. tapi..
Sayang.. Itu semua cuma omelan kosong..

Sudah.. sudah..
Cukup.. Noktah!
Janji xkan pernah tepat kalau kau..
Dari awal sudah main kan janji kau..

Jangan main janji sama aku..
Kelak kau yang merana..





Saturday, January 12, 2013

Kau, Aku, Cuma Mimpi..

Kau yg dahulu pernah aku intai..
Bayangan kau menerobos laju,
Hinggap di minda aku..

Kau sememangnya x pernah kenali aku.
Namun mungkin cuma aku yang sering bermimpi kan kau..
Untuk jadi milik aku..

Kau jarang peduli kan aku..
Cuma aku..
Yang selalu terlihat kan engkau di mana mana..

Aku bukan gila..
Cuma terlalu suka pada kau..
Khas utk kau.. Bintang ku..

Sendiri..

Aku, hanya sendiri sekarang,

Aku, terlalu penat,

Hati aku, sudah jauh jatuh nya,

Tak tenampak oleh aku sendiri,

jangan harap pada aku,

aku tak harap apa- apa jua..

Friday, January 11, 2013

gula dan kopi~

Gula tu manis kan?
Tapi lebih manis kalau kau yang senyum..

Kopi tu pahit kan?
Tapi lagi pahit kalau kau membisu..

Senyumlah.. Baru manis. Macam cotton candy!

Kopi dan gula kalau di campur pon..
Lama-lama jadi manis kan?

Jangan merajuk lama-lama..
Kita tak tahu pujuk..

Cuma boleh bagi puisi ni je..
☺ maafkan kita yee….

jauhi aku..

Pernah kau rasa,
Sakit nya hati..
Bila mana kau rasa tak layak.
Remuk.. Jatuh ke dasar paling malap..
Semuanya lemah..

Mahu aku buang rasa ini..
Jauh- jauh..
Sejauh kornea mata,
takkan mampu lihat..
Di balik ekspresi wajah
yang terpamer di cermin..

Tolong jauhi aku..
Wahai rasa ini..
Aku mohon..