Monday, August 6, 2012

-Si Miopia-

Ya, aku si gadis miopia..
Hidup bertopeng rasa suka..
Berdiri atas tiket percaya..
Membawa sehanya aku..

Tidak memimpikan apa - apa..
Lumayan jika cuma peroleh dia..
Siapa dia.. tak tahu aku..
Masih belum muncul, mungkin..
Masih sembunyi, Mungkin tiada..

Si gadis Miopia, terlupa..
Hidup bukan cuma untuk itu..

Friday, June 22, 2012

aku terpaksa sunyi

Aku terpaksa sunyi. senyap..
Tatkala sekeliling ku riuh. semak..
Tatkala hati jadi suram..
Aku hanya berbaring sendiri..
Berfikir perihal diri..
Perihal masa depan yang belum pasti..
Sepi, kelam..

Tuesday, May 29, 2012

-tepu-

Jika kau pernah rasa erti lelah..
Maka kau cuma perlu..
Rehat kan otak.. rehat kan minda,
Rehat kan hati.. rehat kan mata..
Biar ia mimpikan yang indah-indah..
Usah di ganggu, biarkan ia..
Biar ia lari sebentar dari realiti..
Jauh tak tergapaikan.. infiniti..
Sampai masa nya, ia akan kembali.. K
embali ke alam realiti bersama misi baru ..
Selagi kau masih bernyawa..

Sunday, May 20, 2012

M.A.L.A.S.

Ahad.. jangan biar esok tiba..
Aku senang begini, suka..
Biar aku jadi malas dan lupa..
Hakikat nya esok hari berkerja..
-Mood sgt mls ntuk hari esok-

perasaan

Aku senang merenung pantai..
Senang berdiri tegak di gigi air..
Mengimbau kenangan sendiri..
Suka melihat awan pantai..
Tak kira siang atau malam..
Bahagia,tenang,mungkin juga sepi..
Kalau saja pantai itu hampir
Dengan aku sekarang..

Monday, April 9, 2012

ternyata aku tak mampu

aku fikirkan aku mampu bertahan..
bila di kritik secara jujur..
rupanya aku tak mampu..
lumrahlah, kerana aku hanya manusia,,

mungkin aku sendiri tidak patut bertanya..
sejak dari awal..
mungkin aku hanya perlu diam..
sejak dari awal..

cuma mungkin hanya aku yang baru sedar..
sudah terlambat untuk terasa sekarang..
cuma mungkin aku..
hanya bole bukti kan..
pada semua bahawa aku..
juga sememangnya boleh menjadi
seperti mana orang lain mampu jadi..

Sunday, April 1, 2012

-Takdir dan Doa ku-

Hanya padaMu, aku panjatkan Doa ku,
Moga-moga perjalanan ku mudah,
Dari awal ku mulakan nya,
Sampai ke takdir akhir perjalanan aku.

Sila kunci mulut kau, atau telinga di kerat.

Bila kau dengar orang mengutuk kau,
Kau fikir kau boleh kunci mulut mereka?
Tak kan? Biar kan mereka,
Makanya, kau…

Pakailah “earphone” kau,
Biar kan “volume” paling tinggi.
Jika kau tak mahu lagi dengar tohmahan orang.
Biar orang anggap kau pekak,
Asalkan kau tak lagi dengar bebelan orang.

Ataupun kau boleh.
Kerat telinga kau,
Biar ia cacat,
Asalkan tidak kedengaran lagi,
Kata-kata orang pada kau.

Kau Bukan Tuhan

Belajarlah memaafkan..
Si pesalah,
Mungkin kau lupa,
Kau juga manusia,
Bukan Tuhan.

Dua Hati Ego

Hati aku ego.
Hati kau juga ego..
Bila dua hati ego bertemu..
Maka mana penghunjungnya?

Menunggu.

Kata Maaf aku yang kau tak terima kan.
Akan aku simpan baik-baik, siapa tahu,
Sampai masanya, akan kau ambil,
Dan terima kata maaf aku.

Buat lah, Selagi kau mampu.

Senyum, selagi kau mampu,
Ketawa, selagi kau mampu,
Gembirakan diri kau dan orang sekeliling kau,
Selagi kau mampu,
Kerana kau tak kan mampu buat semua ini,
Bila sudah sampai masa nya untuk kau,
Tinggalkan dunia ini.
-Noktah-

Persoalan.

rehatkan hati kau,
rehatkan minda kau.
lalu Tanya lah ia..
adakah dia seratus peratus salah?

Mungkin Belum Tiba Masanya..

Mungkin belum tiba masanya
untuk hati kau maafkan aku..
segenap ruang dan masa
khas buat kau, aku berikan..

bergantunglah pada masa..
jika itu yang kau mahu..
maka sekarang aku rehatkan
otak aku di suatu tempat
biar ia selesa dengan keadaan sekarang.

-Hidup tak kan pernah mudah-

Hidup ini memang mudah,
Kalau semuanya berjalan lancar.
Tapi hidup harus jadi Kalut, Kusut,
Barai, Semak, Cantik, Hitam, Putih,
Warna- warni, baru lah ia LAYAK
Di coretkan sebagai,
Perjalanan hidup si manusia.