Monday, September 30, 2013

Katarsis aku.

Aku mahu berkatarsis selama mana aku mampu.
Aku berkatarsis dari jiwa jahat manusia2 di luar.
Aku mahu berkatarsis, Menuju Tuhan ku yang satu.
Terserah, orang mahu kata apa. biar.
Kerana cuma aku yang tahu kesakitan masa lalu.
Sakitnya dulu, mengubah aku secara perlahan-lahan.

Jujur, kuatnya aku adalah kerana Allah.
;')

Aku mahu berkatarsis selagi nyawa masih di pinjamkan padaku.
Izin kan aku, Ya Allah.


DOA MEMOHON KEMUDAHAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
“Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa”
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah.
Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

رَبَّنَا ءَاتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Robbanaa aatinaa minladunka rohmataw wahayya lanaa min amrinaa rosyada
“Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah
bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (Q.S. Al-kahfi : 10)

Monday, September 23, 2013

Dulu..

:D..

Aku meraba-raba dalam gelap dunia.
Hidup seperti pasti. Esok masih ada buat aku.

Tuhan ku terangi jalanku semula.
Tuhan ku buka hati batu aku.

Beri aku nampak jalan TaubatNya.
Yang dulu cuma samar2 bagi aku.

Jalan itu berliku-liku. Penuh cabaran dugaan.
Tapi jalan itu manis di akhirnya..

In shaa Allah.. dan Syukur aku padaNya. Maka.
Akan aku tetap tempuhi jalan ini..

^___^

Allah.. Tuhan ku..

Aku hilang arah tujuan dahulu.
Tuhan ku tarik aku semula.
Bangkit menuju cahaya CintaNYA.

Aku jatuh ke lopak dosa.
Tuhan ku bantu aku naik semula.
Bangkit menuju ke jalan benar.

Aku meraba-raba dalam gelap dunia.
Hidup seperti esok masih ada buat aku.
Tuhan ku terangi jalanku semula.
Tuhanku buka hati batu aku.

Aku hidup sepi walau dunia penuh bunyiannya sendiri.
Tuhanku kembali kan hati yang tidak sepi lagi.
Walau dunia dan ahli2 dunia tinggal kan aku seorang diri.
Aku masih boleh berdiri sendiri.
Kerana Tuhan ku yang Satu itu. aku ini.
Kembali kuat..


Andai esok masih ada buat aku.

Friday, September 20, 2013

Psycho

Maaf..
Kau itu bukan si Psycho Pencuri Hati..

Kau itu.. Cuma..
SI Psycho terdesak. Psycho penaik rasa amarah rimas..
Semak bagi aku.

Boleh kau berambus dari hidup aku?

Wednesday, September 18, 2013

Tentang Jodoh

Jangan cakap tentangg jodoh dengan saya. :)
Jodoh saya dah ada. Tapi.
Tapi jodoh dengan ajal.. x kan lari dari saya.
Jadi saya x nak pikir pasal jodoh dengan manusia :)

Wednesday, September 11, 2013

Ia memang manis

Di sana, Atas tanah, Keliling pasir, Pagi.
Duduk si gadis kecil. Sepi.
Aku mahu beri dia sebiji buah ceri.
Biar si gadis itu rasa dan tahu.
Kalau untuk rasa manisnya hidup ini.
Adalah terlalu mudah. Bukti?
Gadis tersenyum, Manisnya buah ni!

:)

"Ia memang manis, kerana ia Datang sebagai
Rezeki Allah buat kamu, Lebih manis bila kamu
bersyukur atas rezekiNya"


Monday, September 9, 2013

Di sana, di pohon meninggi itu

Di sana, di pohon meninggi itu,
Dahulu pernah aku ukir nama kamu.
Aku toreh-toreh suka hati aku.
Tapi, tapi kau mungkin tak pernah tahu.
Yang tahu mungkin cuma aku dan separuh aku.
Dan DIA..

Nama siapa kah tu?
Cukup rahsia ini cuma aku dan Dia yang tahu.

Kisah ini persis drama korea.
Ya memang. sebab memang aku ikut buat sama.
Sama macam drama korea.
Tapi kisah ini cuma kenangan belaka.

Aku tahu kau tahu aku selalu curi lihat kamu.
Tapi itu dahulu. kisah dahulu.
Bukan sekarang.

"Kau telah lama bebas hilang dari tangkapan lensa mata dan hati aku."

Thursday, September 5, 2013

Akuu gadis BIASA. Bukan gadis SEMASA

Aku bukan si solehah idaman orang.
Aku bukan si panas meletup buruan orang.
Tapi aku..

Aku cuma aku yang biasa.
Aku gadis BIASA.
Bukan gadis SEMASA

:)

Yang punya satu impian. Satu~
Aku mahu jadi nak solehah buat mama papa aku.
Aku mahu jadi muhajidah, muslimah.

Walau aku hidup di akhir zaman ini.
Akhir zaman penuh dugaan duniawi.

Aku mahu jadi hamba Allah yang suci Hati nya.
Yang kuat hati dan kukuh iman nya.
Yang tinggi tahap sabar nya.
Aku mahu jadi muslimah..
Walau ianya masih terlalu jauh dari aku sekarang.


Aku, kau, dia adalah daei seperti yang lain-lain.

Ayuh bangkit semua dari khayal duniawi!