Monday, September 23, 2013

Allah.. Tuhan ku..

Aku hilang arah tujuan dahulu.
Tuhan ku tarik aku semula.
Bangkit menuju cahaya CintaNYA.

Aku jatuh ke lopak dosa.
Tuhan ku bantu aku naik semula.
Bangkit menuju ke jalan benar.

Aku meraba-raba dalam gelap dunia.
Hidup seperti esok masih ada buat aku.
Tuhan ku terangi jalanku semula.
Tuhanku buka hati batu aku.

Aku hidup sepi walau dunia penuh bunyiannya sendiri.
Tuhanku kembali kan hati yang tidak sepi lagi.
Walau dunia dan ahli2 dunia tinggal kan aku seorang diri.
Aku masih boleh berdiri sendiri.
Kerana Tuhan ku yang Satu itu. aku ini.
Kembali kuat..


Andai esok masih ada buat aku.

No comments:

Post a Comment