Monday, May 20, 2013

;')

Dia duduk berteleku menghadap kiblat berserta Quran dan Yaseen bersamanya.
Bsersama hati yang redha dengan pemberianNYA.
Sendiri dia di situ, tetap tabah.
Mendoakan arwah suaminya.
Sendiri dia di situ, tetap jua tabah.
Menghadiahkan baccan2 ayat suci AL-quran untuknya.

Hati dan luarannya tetap cekal tabah walau aku tahu.
Ibu ku tetap sedih dan sepi.
Aku tahu rasa itu.
Aku juga kehilangan. Seorang lelaki.
Bapa ku. Kehilangannya perit untuk aku.

Ibu. maaf ku pohon dari mu ibu.
Aku bukanlah anak terbaik kamu.
Tetap juga bukan yang paling teruk.
Tapi aku jadi pliu seperti mu.
Setiap kali rindu padanya datang pada ku.

Rasa rindu itu akan selalu menjenguk aku.
Perit untuk di tepis, malah untuk kuat juga sukar.
Terlalu sukar, kadang kala, tertewas juga aku
Kalau bagi aku adalah sukar.
Maka begitu juga bagi ibu ku.

;')

Aku sayang ibu bapa ku. MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba temani mama selagi mampu.
Terlalu sayangkan MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba menjadi anak solehah semampu aku.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku

3 comments:

  1. terlalu speechless untuk memberi kata sebab aku tahu, kalau aku di tempat kau pastinya aku hilang dalam ada. cuma kalau masih mampu kau terima, redha lah dengan takdirnya. Allah lebih tahu segalanya. Semoga bapa kau ditempatkan dikalangan yang disayangi Dia. amin.

    ReplyDelete
  2. :) ye masih aku mampu terima dan redha dgn pergi nya guardian angle ku satu-satunya.. terima kasih atas doa kamu pada arwah papa aku.. terharu.. :) aku juga slalu hilang dalam ada.. lemas dalam esak rindu sendiri.. tp harus kuat kan.. terima kasih atas doa itu ^_^

    ReplyDelete