Sunday, April 28, 2013

Aku mahu bertanya.

Hidup kamu bahagia?
Berkitab kan anasir-anasir jahat dunia?
Bertuhan kan selain DIA?

Ya mungkin kamu rasa bahagia.
Tapi itu cuma bahagia dunia.
Bukan bahagia di "sana".

Kalaupun kamu bahagia,
Itu melalaikan kamu saja.

Lalai di dunia itu terlalu Mudah.
Tapi istiqomah di dunia itu Susah.

Aku bertanya hanya kerana.
AKu.. pernah seperti itu dulu.
Ya, Aku pernah lalai leka pada duniawi semata.
Aku lupa siapa aku.

Tapi tidak lah aku bertuhan kan selain DIa.
Dan berkitabkan anasir jahat dunia.
Aku cuma leka di buai mimpi dunia.
Sekarang aku sudah bangun dan tidak leka.

Ya Allah.
Satu ku pinta dariMU.
Jangan pernah leka kan aku semula.
Jangan izinkan aku kembali seperti dulu,

Hidayah Mu perlu ku cari.
Dan cuma atas izinMu.
Aku ini barulah berhak mendapatkannya.
;')


Ilmu Allah itu untuk semua.

No comments:

Post a Comment