Friday, June 21, 2013

Lorong Hati

Kita punya satu lorong Hati buat hantar segala rasa.
Aku mahu guna sebaiknya, Sentiasa.

Biar kamu lemas, tapi jangan muak ya.
Yang aku perlihatkan ini, cuma sebahagian dari semuanya.

Rasa itu terlalu luas untuk aku simpan sendiri sahaja.
Ianya meruah mencari kamu, bertukar menjadi aksara-aksara.

Aksara-aksara tersusun manis berdestinasikan kamu sahaja.
Masih, aku mahu karangkan kamu segala rasa dari hati.
Masih, terlalu banyak.

:)

No comments:

Post a Comment