Monday, July 29, 2013

Itu aku.

Yang tidak terlihatkan oleh sekeliling.
Itu aku.

Yang cuma berdiam terbisu saat keliling menggila.
Itu aku.

Yang suka bersendiri tanpa sahabat.
Itu aku.

Yang di anggap aneh oleh sekeliling.
Itu aku.

Yang mencari RedhaNYA, berbuat dosa/khilaf.
Itu aku.

Aku hanya hamba pendosa tanpa noktah yang biasa.

Aku mencari manisnya iman dalam hijrah ini.
Nyata aku temui manisnya iman.

Ianya jelas nyata..

''Kalau kau rasa hidup ini pahit.
Maka Allah lah gula dan pemanisnya.''

Panggil saja aku aneh, pelik, sombong membisu.
Aku terima, sebab itu adalah aku.

^____^v saja. Allah kan ada.

Lesap persis angin janji2 itu.

Aku cuma mampu.
Tertawa kecil saat janji2 kosong dahulu.
Terjah masuk otak aku..
Ada satu rasa aneh, Tapi, bukan pilu,
Ia adalah rasa ''Tolol''. tahu?

Mari aku hancurkan janji2 kosong itu.
Biar aku lupa terus.
*BANG! BANG! BANG!*
Lesap persis angin janji2 itu.
Senyum.. ''Hati'' Ayuh.
Move on! ^___^

Wednesday, July 24, 2013

Belajar untuk Redha.

Diam kamu, sudah cukup buat aku lemah, lemas dalam esak sendiri.
Aku undurkan diri. Biar kamu lepas bebas dari aku ini.

Kerana Aku redha.. Belajar untuk redha.
Melihat kamu, MM.. bahagia. sudah cukup buat saya bahagia juga.

Masih mampu aku ini senyum walau hati berhujan terus.
Kerana Allah sentiasa ada utk aku.
Utk jaga, lindungi hati aku.

;'(

Wednesday, July 17, 2013

"STRESS TAHAP INFINITI"

Aku rasa aku sudah pendam terlalu banyak benda, terlalu lama. infiniti?
Sampai satu saat. Aku rasa ada bagusnya untuk serah kalah. :'(
Aku pendam dalam-dalam sampai celaru sendiri.
Sampai satu saat aku rasa tak layak dan tersungkur, jatuh.

Mungkin kah perlu aku biar otak ku keluar bersiar-siar?
Bukan bersiar-siar suka-suka.
Aku cuma mahu rehatkan otak aku.
Ya. Mungkin aku harus biar ia bersenang-senang juga.

Otak, fikiran, akal..
Mohon oleh si aku ini, jangan celaru dan jatuh sekarang.

Mari, aku biar kamu tiga ini keluar sebentar dari aku.
Aku mahu ia Sifar-Sifar.
Sifar dari segala perkara.

Biar cuma hati yang mencari PenciptaNYA.
Aku mahu tenang.
:'(

"MOOD : STRESS TAHAP INFINITI"

Tuesday, July 2, 2013

'Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''

Takkan ku lepas kan kamu.
Pegang erat-erat kamu dalam hati dan doa ku.

Tak perlu kita ini jumpa selalu.
Cukup kita bertemu,
Cuma dalam doa kita.

Aku perlu kamu membimbing aku,
Walau aku tahu cukup cuma Allah untuk aku.
:')

Allah hadirkan kamu buat aku.
Terselit hikmahnya di situ.
Maka aku mahu hargai kamu.
Sebagaimana aku ini hargai segala apa milik ku.
Dahulu, kini, selamanya. Infiniti BERSATU.

Sepertimana yang kamu katakan pada aku.
''Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''

Aku juga sama seperti kamu. :)
''Aku berserah pada MU Ya Allah, mencintai kamu.''