Wednesday, May 29, 2013

aku sayang kamu

Paling indah untuk aku terima.
Cinta tulus kamu sayang.
Paling ikhlas untuk aku beri.
Cinta aku, untuk kamu sayang.

^___^

<3

Sunday, May 26, 2013

Moment

Paling bahagia untuk aku terima.
Hati aku yang kamu curi ambil itu.
Setelah aku menjadi si pencuri utama.
Hati kamu dahulu.

Paling sedia untuk aku terima.
Kamu yang buka kan semula hati aku.

Saat bahagia untuk kamu bayangkan.
Senyum tawa aku yang kamu hadir kan dan mula kan.

Moment bahagia untuk aku rasai.
Hati aku yang kamu selami.

Moment bahagia untuk aku simpan di hati.
Rindu aku yang kamu rasai.
Rindu berbalas rindu dari kamu.

Moment bahagia untuk aku temu kan.
Rasa cinta kurniaan NYA.
Rasa manis cinta dari kamu.

Wednesday, May 22, 2013

Jenayah Cinta Paling Sempurna

Bukankah ini adalah jenayah cinta yang sempurna?


Jika aku curi hati kamu, dan kamu curi hati aku?


Rasa sebegini perlukan kedua-dua pihak bergabung berkerjasama mencuri hati sesama sendiri.
Maka ia jenayah cinta paling sempurna bagi aku.

Tuesday, May 21, 2013

SayangRinduCintaKamuSentiasa.

Saat kamu bicara kalau madah aku ini semanis gula2 kapas.
Percayalah, di hati ku,
Kamu ternyata lebih manis.

Saat ku hirup teh bunga manis.
Percayalah, manis teh itu terkurang di situ.
Kamu tahu mengapa ianya kurang manis?.
Kerna manisnya ada pada kamu.



^__^



Hari-hari ku tidak manis tanpa hadirnya kamu.
Juga tidak manis jika tiada cinta Ilahi satu-satunya.
Semanis apa pon sesuatu itu.
Tanpa kamu, keluarga dan DIA.
Hari-hari ku tidak akan manis, tepu.

SayangRinduCintaKamuSentiasa.

<3

Monday, May 20, 2013

;')

Dia duduk berteleku menghadap kiblat berserta Quran dan Yaseen bersamanya.
Bsersama hati yang redha dengan pemberianNYA.
Sendiri dia di situ, tetap tabah.
Mendoakan arwah suaminya.
Sendiri dia di situ, tetap jua tabah.
Menghadiahkan baccan2 ayat suci AL-quran untuknya.

Hati dan luarannya tetap cekal tabah walau aku tahu.
Ibu ku tetap sedih dan sepi.
Aku tahu rasa itu.
Aku juga kehilangan. Seorang lelaki.
Bapa ku. Kehilangannya perit untuk aku.

Ibu. maaf ku pohon dari mu ibu.
Aku bukanlah anak terbaik kamu.
Tetap juga bukan yang paling teruk.
Tapi aku jadi pliu seperti mu.
Setiap kali rindu padanya datang pada ku.

Rasa rindu itu akan selalu menjenguk aku.
Perit untuk di tepis, malah untuk kuat juga sukar.
Terlalu sukar, kadang kala, tertewas juga aku
Kalau bagi aku adalah sukar.
Maka begitu juga bagi ibu ku.

;')

Aku sayang ibu bapa ku. MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba temani mama selagi mampu.
Terlalu sayangkan MAMA.. PAPA.
Akan aku cuba menjadi anak solehah semampu aku.

Aku mahu beri Syurga pada mereka berdua,
In Syaa Allah. Aku tahu Allah ada bersama ku

Iman dan Islam

Mati kan (Tidurkan) aku dalam Iman.
Dan Hidupkan aku (Bangunkan dari tidur) juga dalam Iman.
Aku bersyukur lahir sebagai Islam di bumi Mu.
Maka tidurkan/matikan kami selamanya dalam Iman dan Islam juga.
Panjangkan umur kami, agar kami terus istiqamah dalam mencari cinta Mu Ya Allah.
Suci kan kami dari dosa-dosa kami

Sunday, May 19, 2013

Penuh cuma nama kamu


Pada tiap helai kertas yang aku temukan.
Akan aku lakar nama kamu.
Fikiran aku penuh kamu saja yang aku carikan.
Penuh, Cuma nama kamu.

Pada tiap doa - doa ku,
Pasti ada nama kamu di dalamnya.

Doa ku moga kamu selamat dan bahagia
Doa ku agar kamu rasa rindu ku.

R.A.S.A

Rasa di hati ini manis.
Rasa di hati ini bahagia.

Ada satu taman wujud di sini.
Taman hati dan cinta.
Entah bila ia berkembang cantik di sini.
Ianya taman penuh bahagia.

Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan rasa ini.
Aku bersyukur di beri kan rasa ini.
Akan aku jaga rasa ini.
Sudah lama aku tunggu rasa ini.

Walau rasa ini bertukar ganti.
Tapi cuma kali ini.
Rasa in yang aku ingini.
Cuma rasa kali ini.

Benar aku mahu jaga rasa ini.
;')


Tuesday, May 14, 2013

Tetap Ada


Kamu tetap ada dalam hati aku.
Walau sejauh mana kamu pergi.
Selama mana kamu tuju dan mahu.
Malah, tetap juga aku di sini.


Bersama hati kamu,
Yang telah sedia di sini.
Mendiami ruang hati aku.
Penuh cuma kamu di sini.

Sakit Rindu

Hati aku rasa sakit.
Sakit rindu.. bukan main-main.
Sebak Sedih, terlalu rindu.
Aku tak kuat sekarang.
Sepertinya aku mahu saja menangis.


Tolong jangan tinggalkan aku pada saat aku terlalu perlukan kamu.
T____T

Aku tak mahu sakit lagi.
Janji jangan tinggalkan aku ya.

Monday, May 6, 2013

S.E.P.E.T.


Sepet mata ku memandang cahaya terang.
Yang ditembak-tembak laju dari ambang.
Yang merebak ke segenap ruang.
Ahh masa untuk bangun wahai si sepet

Si sepet aku keluar sendiri.
Tanpa berteman rakan.
Mata sepet aku memerhati.
Mencari sesuatu mungkin.

Si sepet mahukan kehidupan bahagia.

Lalu di cari nya "kehidupan itu"
Di temuinya apa yang di mahukan itu.
Bersyukur si sepet aku pada DIA.
Si sepet aku bertemu dengan hidayah NYA.

Seperti apa yang di hajatkan.
Lalu si sepet aku ini.
Mulakan sujud pada satu Kiblat yang sama.
Arah yang benar berlandaskan DIA.

Hati aku tangis pada khilaf sendiri.
Malu pada DIA.
Aku mahu bersih dari dosa-dosa sendiri.
Tapi harus bagaimana?
;(


Tapi satu yang si sepet aku pasti,
Syukur aku lahir sebagai Islam, Muslim.


Dahulu aku sepet tak terperasan khilaf sendiri.
Sekarang aku buka mata luas-luas. Ya.
Untuk sedar kan diri pada khilaf sendiri.
Aku tak mahu sepet semula.

TAK MAHU!


Tunggu, Kami Datang.

Malam LimaMayDuaRibuTigaBelas.
Malam penentu masa depan negara.
Malam separuh diri aku di hasut syaitan.
Separuh aku di bangkitkan rasa amarah gila.

LimaPuluhPeratus aku rasa amarah.
LimaPuluhPeratus aku rasa serbasalah.
Marah pada keputusan malam itu.
Serbasalah pada kata-kata aku.

Lalu aku tunduk kan rasa ego dan amarah aku.
Sepantas itu aku minta kemaafan dari semua.
Hati aku marah kerana aku tahu erti syukur.
Rasa itu seharusnya untuk perkara yang benar sahaja.
Bukan boleh suka-suka ucap bagi aku.
Tapi tak apalah, Mereka kurang faham mungkin.

Aku tunggu pada lima tahun akan datang.
Masa untuk anak-anak muda bangkit.

Tunggu, Kami datang~


Mahu Ku Cuma Satu

Hati aku resah tak bertempat.
Datang tak berundang.
Entah rasa gila mana menyergah.
Hati aku rindu bukan kepalang.
Entah dari mana datangnya,
Kamu tahu dari mana puncanya?

^___^


Mahu ku cuma satu, Kamu.
Mahu kamu bahagia selalu.


Mahu ku cuma satu, Senyum Kamu.
Mahu kamu senyum selalu.


Mahu ku cuma satu, Hati Kamu.
Mahu kamu ingati ku selalu.


Sepertinya aku sudah gila.
Ahh siapa peduli. :P
Kerna aku sendiri yang rela.
Kamu peduli?

Friday, May 3, 2013

Andai saja perkara ini mudah.

Andai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu melastik bintang buat kamu.
Biar ia jatuh di sisi kamu.
Biar ia temani malam kamu.



Andai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu carik-carik saki baki awan.
Biar ia selalu lindungi kamu.
Biar ia selalu dingin kan kamu.


AnAndai saja perkara ini mudah. Justeru.
Aku mahu bikin gula-gulo kapas.
Biar ia tambahkan manis senyum kamu.
Biar kamu tahu kamu dua-dua manis.


Andai saja perkara ini mudah.
Mahu saja aku kirim rindu buat kamu.
Melalui lorong hati ke taman hati kamu.
Biar kamu rasa rindu ku.


Ahh.. Andai saja perkara ini mudah..


>////< eh eh ^__^v

Thursday, May 2, 2013

Satu Niat Ku.

Kalau suatu hari nanti aku berpurdah..
Apakah pandangan yang bakal aku peroleh?
Terlalu banyak yang akan di terima kelak.
Walhal sekarang aku cuma berniat.
Namun ternyata, kini.
Jawapannya telah tersedia dari awal.

Ada yang memberangsangkan.
Ada yang menolak secara baik.
Tidak aku salah kan sesiapa.
Ini adalah di lema aku sendiri.

Aku mahu begitu bukan kerana indahnya rupa,
Tatkala wajah di tutup separa niqab.
Aku mahu begitu untuk menjaga diri.
Juga keranaNya. Aku mahu bersih.

Aku cemburu pada niqabis yang berani.
Berani begitu walau banyak halangannya.
Terus terang aku suka memandang niqabis.
Kerana aku ingin seperti mereka,
Aku ingin kuat seperti mereka.

Aku mahu sahabat seperti mereka.
Sahabat yang selalu istiqamah bersama.
Sahabat yang akan ingat kan aku perihal agama.
Perihal duniawi ini cuma persinggahan buat kita.

Aku mahu seperti mereka bukan untuk di kagumi.
Tapi untuk sama-sama menuju cinta Nya.
Aku mahu seperti mereka bukan untuk di lihat-lihat.
Tapi aku cuma mahu di biar tak di perasankan oleh semua.

Ya Allah. ku pohon padaMu.
Permudahkanlah jalan ku.
Permudahkanlah niat ku.


Izin kan ku berniqab apabila ku sudah bersedia dan kuat.
Izin kan ku Ya Allah..