Monday, April 29, 2013

*Aku mulut manis dgn yg aku Sayang ja.*

Percaya tak kalau aku kata.
Kalau hati dah sayang,
Hari-hari kalau boleh nak tengok dia.
Kalau hati dah sayang,
Kau nak dia selalu ada ja.


Kau bukan peduli dah yang lain kan?
Yang kau peduli cuma dia. kan?
Orang panggil kau meroyan angau pon xpe. kan?
Yang kau tahu, kau dah Sayang dia. kan?



Kau xsah tipu la. kalau sehari x msg/tegur/jumpa.
Kau tak kan rasa apa-apa.
Hati kau rasa macam gelisah2 ja.
Kau rasa nak mulut manis ja.
Yela mesti la nak bagi orang tu suka.
:P

__________________________________________



Sebab aku pon rasa gak camni.
Yang penting aku suka. gembira.
Aku suka mulut manis ni.
Sebab aku suka lakaran puisi hati.


*Aku mulut manis dengan yang aku Sayang ja.*


^___^v

peace yaw~

-.-''

Sakit perut sakit pinggang.
Nasib baik tak sakit hati.
Tapi jap g otw balik rumah.
Comfirm2 sakit hati.

Sakit hati perut lapar.
Tengok jalan raya penuh kereta.
Sakit lagi hati tengok attitude driver2.
Kau orang tak perlu hon-hon la.
Aku yang panas telinga dengar.
-,-''

Sekian~

:p

Sunday, April 28, 2013

Aku mahu bertanya.

Hidup kamu bahagia?
Berkitab kan anasir-anasir jahat dunia?
Bertuhan kan selain DIA?

Ya mungkin kamu rasa bahagia.
Tapi itu cuma bahagia dunia.
Bukan bahagia di "sana".

Kalaupun kamu bahagia,
Itu melalaikan kamu saja.

Lalai di dunia itu terlalu Mudah.
Tapi istiqomah di dunia itu Susah.

Aku bertanya hanya kerana.
AKu.. pernah seperti itu dulu.
Ya, Aku pernah lalai leka pada duniawi semata.
Aku lupa siapa aku.

Tapi tidak lah aku bertuhan kan selain DIa.
Dan berkitabkan anasir jahat dunia.
Aku cuma leka di buai mimpi dunia.
Sekarang aku sudah bangun dan tidak leka.

Ya Allah.
Satu ku pinta dariMU.
Jangan pernah leka kan aku semula.
Jangan izinkan aku kembali seperti dulu,

Hidayah Mu perlu ku cari.
Dan cuma atas izinMu.
Aku ini barulah berhak mendapatkannya.
;')


Ilmu Allah itu untuk semua.

"Manusia pendosa tanpa noktah"

Aku pohon kemaafan, keampunan dari keduanya.
Ibu Bapa ku.
Dan juga padaNYA,
Dan juga pada semua.
Dari saat lahirnya aku hingga saat aku pergi.

Sebabnya? Mudah..


"Aku manusia pendosa tanpa noktah"
:'(

UNTUK MAMA

Adanya aku di bumi Allah.
Kerana bersatunya ibu bapa ku.
Juga dengan izin Allah.

Aku menadah tangan berdoa padanya.
Jangan ambil salah satu dari mereka.
Sekelompok manusia yang aku sayang sentiasa.
Tapi aku cuma bisa meminta.
Kerna aku bukan Dia.

Aku mengerti, satu nikmat aku di tarik.
Mungkin ada yang lebih baik menanti.

Ianya mengajar aku erti hidup di bumi Allah.

Jangan pernah putus asa dan harapan.
Meski hidup tak seindah dulu.
Kelak kau takkan tahu apa nasibnya kau.
Tanpa kau mencuba dulu.

Mama, Papa,
Aku sayang kamu sentiasa.
Aku cinta kamu sentiasa.

Mama, kita ini kuat kan?
Mama, kita ini boleh kan?
Mama, doakan papa selalu kan?
Sebabnya papa memang hidup dalam hati kita kan?
;')


Aku mahu mama kuat hadapi dugaan ini.
Usah ragu, Kami sentiasa di sisi Mama.

Walau aku bukan yang terbaik.
Tapi kamu dua adalah yang terbaik bg aku.
AKU SAYANG MAMA PAPA SENTIASA.
^___^.

Tuesday, April 23, 2013

Pilihan Kau?

lelaki mana2 pon akan suka aweks hot kn.. even lelaki tu sendiri x HOT LANGSUNG..

FAKTA YE FAKTA~ >_____<

Sebab apa aku ckp camni?
Sebab aku pon pernah couple dgn lelaki GEMOK CHUBBY~
see? tapi clash juga.. Alhamdulillah kami CLASH.. aku bahagia~ XD

ni je aku nk ckp : utk lelaki..

*yang memilih si kaca tu sebabnya mudah..
*Dia pilih guna mata luaran yg kosong. bukan guna mata hati*
padahal permata lah yg wajar di pilih..
hati dan Agama lah paling penting~*
*cebik huh*

Monday, April 22, 2013

"TRUST ME, i have had it WORSE~"

Kalau kamu rasa hidup kamu teruk.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu x menarik.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu tidak bijak.
tRUST ME, i have had it WORSE~



Kalau kamu rasa kamu kurang bernasib baik.
Saat kamu lahir ke dunia ini.
TRUST ME, i have had it WORSE~


Kalau kamu rasa kamu adalah si kalah.
tRUST ME, i have had it WORSE~


"TRUST ME, i have had it WORSE~

ini memang bukan hal main-main!

*saya adalah hamba Nya yang lahir tidak cukup berat lalu terus di tempat di inkubator selama 6 bulan..
berteman kan wayar-wayar yg mencucuk saya setiap hari. Hanya bayi yg harus berjuang seorang diri untuk terus hidup..
Hanya doa ibu bapa dan kuasa Nya yg memberi saya peluang hidup menjadi saya yang sekarang.*

*Saya si bayi yang hidup berteman kan wayar2 di cucuk kn
ke badan kerna saiz bdn terlalu kecil, lemah.
*Saya mangsa buli sepak terajang zaman sekolah dulu.
*Saya si loser yg x di pandang sesiapa.
*Saya si kurang bijak yg gila kan SENI.
*Saya mangsa yang di pulau kan kawan sendiri masa sekolah dulu.
*Saya mangsa tikam belakang sahabat baik saya sendiri.
*Terlalu banyak yg saya hadapi selama hidup saya.

Tapi tetap juga saya bersyukur padaNya. kerana dengan izinNya.
Saya adalah saya yang sekarang.

''Hidup x selalunya indah. Allah sendiri tak pernah menjanji kan kehidupan ini mudah,
tapi Allah sentiasa ada untuk kita, hambaNya''


You think you have had it worse than me?
:(


"TRUST ME, i have had it WORSE~"

Friday, April 19, 2013

rasa


(rasa adalah perkataan yang aku tukarkan menjadi bait-bait puisi indah)

aku percaya


Aku yang dahulu telah pergi dari aku yang sekarang.
Aku yang dahulu xkan muncul lagi ke aku yang sekarang.
Aku tidak lagi mahu jadi aku yang dahulu.
Cukup, cukup.. Aku mahu kekal menjadi aku yang sekarang.

Aku selesa dengan aku yang sekarang. ^_^
Bahagia dan aman, walau dugaan sentiasa datang.
Kalaupun dugaan ini datangnya khas untuk buat aku lebih baik.
Dari sehari ke sehari. Aku terima dugaan ini.

Aku tidak boleh menolak dugaan hidup. Aku cuma hambaNya.
Aku bukan "Dia".
Jadi aku terima dugaan dariNya.
Hadapi juga walau terasa lemah.
Dia ada untuk bantu aku.
Aku percaya itu
:')

Thursday, April 18, 2013

Bait-bait puisi

Bait-bait puisi adalah pertukaran antara
Rasa dan susunan-susunan abjab oleh hati aku sendiri.
Yang pada akhirnya terbentuk menjadi lakaran puisi hati.
Yang mana awalannya cuma hanya ada rasa.

x LAMA~

Perasaan aku terhadap ex's aku adalah sifar.
Tiada sebesar zarah juga.
Untuk aku bersedih lama-lama, adalah TIDAK.
Yang berlalu pergi tinggalkan aku, adalah mereka.

Lalu untuk apa bersedih lagi.
Bukan di kisahkan juga oleh mereka.
Maka seharusnya aku maju sahaja lalui hal ini.
Ya aku butuh waktu utk pulih tapi x LAMA~

S.U.K.A.~

Aku selalu tersenyum sendiri.
Dinding hati aku penuh kamu saja.
Lalu rasa bertukar ke bait puisi.
Aku suka rasa ini. Ya.

Suka~

Tuesday, April 16, 2013

H.A.T.I

Tidak berani aku intai hati kamu.
Khuatir nanti terjatuh di sana.
Tapi aku degil, aku intai jua.
Lalu benar, terjatuh jua aku.

Hati kamu singgah di hati aku.
Tanpa mahu keluar lagi.
Benar ini apa aku rasa pada kamu.
Hati aku tidak menipu.

Sengih Senyum.

*Capital M.M

M.A.S.I.H ^_^



Masih, Dia Itu Senyum.
Walau hidup tak seindah mimpi malam.

Masih, Dia Itu Senyum.
Walau hidup penuh dugaan.

Masih, Dia Itu Senyum.
Ya Senyum dan hadapi semuanya.

Masih, Dia Itu Senyum.
Dia tidaklah lemah.
Kerna dia tahu Allah selalu bersamanya.
Kuatnya dia kerna doa dan mengadu padaNYA.

Masih, Dia Itu Senyum.
Kerna sokongan dari semua.
Terharu. :')


Ya..
Masih, Dia Itu Senyum.


Monday, April 15, 2013

"Masih dia itu Senyum."

Senyum yang terukir,
Seperti tidak mahu beredar dari wajah.

Ya, dia itu sedang Bahagia.
Menerima rasa dari Dia.

Rasa Bahagia khas dari Dia.
Mungkin itu "hadiah" buat dia.

Tetap harus juga dia hargai,
Rasa itu, kerna rasa itu sahaja.

Yang dia carikan, nantikan.
Selama hidup nya.


"Bahagia"

Masih, Dia Itu Senyum.
Tanpa bicara. Seperti Gila.



Masih, Dia Itu Senyum.

Kerna Bahagia Mendiami Dirinya.

^____^

Friday, April 12, 2013

Rindu.


Aku rindu papa.
Sejak kebelakangan ini, aku selalu teringat kan arwah papa..

Rindu.
Tapi tak mampu jumpa.

Rindu.
Tapi tak mampu dengar suara nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu tatap gambarnya.

Rindu.
Tapi cuma mampu mendoakan nya.

Rindu.
Tapi cuma mampu menghadiahkan Yasin, Al- Fatihah sahaja.

T____T

Tuesday, April 9, 2013

*BERANGAN*

Some day, I will be your Girl..

ermm.. nahh..

Some day, I will be your Wife.

haaa.. :P

ini baru betul.. XD
(Senyum.Cakap sorang2)

*BERANGAN*

Sunday, April 7, 2013

SIFAR~ Senyum.

Kekerapan aku, berhubung sesama “Ex” aku adalah mencecah SIFAR~.
Senyum. v(^___^)v
Tak perlu aku toleh ke belakang lagi.
Masih aku,
Senyum. v(^___^)v
Melangkah maju ke depan!
Senyum. v(^___^)v

Friday, April 5, 2013

Selalu saja lupa

Sering saja manusia itu mengaku.
Perihal jodoh,dia yang pilih sendiri.
Apa kamu lupa? semua datang dari Nya.
Soal jodoh, bukan manusia punya hal.
Bukan manusia yang pilih sendiri.
Apa kamu lupa? pilihan dan penentunya.
Semua Allah punya urusan.

Kalau kamu mahu pilih siapa jodoh kamu.
Maka mahu jugakah kamu pilih tarikh mati kamu?

erk..
Selalu saja lupa.. kan?

Wednesday, April 3, 2013

(^______^)

Aku tersenyum tanpa punca.
Tanpa sedar, (Masih Senyum), Gila.
Lalu aku cari arah puncamya.

"Owhh, Kamu rupanya,"
"Kamu yang buat aku tersenyum"
Lagi dan lagi dan lagi.

Ya! Kamu~.

(^______^)

-Kejar-



Aku berlari mengejar mimpi.
Tetap jua tak tercapaikan.
Aku belari mengejar kenyataan.
Tetap jua ia datang menhampiri.

NOKTAH.

Hidup lah dalam kenyataan sebenar.
Bukan dalam mimpi.