Thursday, May 2, 2013

Satu Niat Ku.

Kalau suatu hari nanti aku berpurdah..
Apakah pandangan yang bakal aku peroleh?
Terlalu banyak yang akan di terima kelak.
Walhal sekarang aku cuma berniat.
Namun ternyata, kini.
Jawapannya telah tersedia dari awal.

Ada yang memberangsangkan.
Ada yang menolak secara baik.
Tidak aku salah kan sesiapa.
Ini adalah di lema aku sendiri.

Aku mahu begitu bukan kerana indahnya rupa,
Tatkala wajah di tutup separa niqab.
Aku mahu begitu untuk menjaga diri.
Juga keranaNya. Aku mahu bersih.

Aku cemburu pada niqabis yang berani.
Berani begitu walau banyak halangannya.
Terus terang aku suka memandang niqabis.
Kerana aku ingin seperti mereka,
Aku ingin kuat seperti mereka.

Aku mahu sahabat seperti mereka.
Sahabat yang selalu istiqamah bersama.
Sahabat yang akan ingat kan aku perihal agama.
Perihal duniawi ini cuma persinggahan buat kita.

Aku mahu seperti mereka bukan untuk di kagumi.
Tapi untuk sama-sama menuju cinta Nya.
Aku mahu seperti mereka bukan untuk di lihat-lihat.
Tapi aku cuma mahu di biar tak di perasankan oleh semua.

Ya Allah. ku pohon padaMu.
Permudahkanlah jalan ku.
Permudahkanlah niat ku.


Izin kan ku berniqab apabila ku sudah bersedia dan kuat.
Izin kan ku Ya Allah..

No comments:

Post a Comment