Monday, August 6, 2012

-Si Miopia-

Ya, aku si gadis miopia..
Hidup bertopeng rasa suka..
Berdiri atas tiket percaya..
Membawa sehanya aku..

Tidak memimpikan apa - apa..
Lumayan jika cuma peroleh dia..
Siapa dia.. tak tahu aku..
Masih belum muncul, mungkin..
Masih sembunyi, Mungkin tiada..

Si gadis Miopia, terlupa..
Hidup bukan cuma untuk itu..

Friday, June 22, 2012

aku terpaksa sunyi

Aku terpaksa sunyi. senyap..
Tatkala sekeliling ku riuh. semak..
Tatkala hati jadi suram..
Aku hanya berbaring sendiri..
Berfikir perihal diri..
Perihal masa depan yang belum pasti..
Sepi, kelam..

Tuesday, May 29, 2012

-tepu-

Jika kau pernah rasa erti lelah..
Maka kau cuma perlu..
Rehat kan otak.. rehat kan minda,
Rehat kan hati.. rehat kan mata..
Biar ia mimpikan yang indah-indah..
Usah di ganggu, biarkan ia..
Biar ia lari sebentar dari realiti..
Jauh tak tergapaikan.. infiniti..
Sampai masa nya, ia akan kembali.. K
embali ke alam realiti bersama misi baru ..
Selagi kau masih bernyawa..

Sunday, May 20, 2012

M.A.L.A.S.

Ahad.. jangan biar esok tiba..
Aku senang begini, suka..
Biar aku jadi malas dan lupa..
Hakikat nya esok hari berkerja..
-Mood sgt mls ntuk hari esok-

perasaan

Aku senang merenung pantai..
Senang berdiri tegak di gigi air..
Mengimbau kenangan sendiri..
Suka melihat awan pantai..
Tak kira siang atau malam..
Bahagia,tenang,mungkin juga sepi..
Kalau saja pantai itu hampir
Dengan aku sekarang..

Monday, April 9, 2012

ternyata aku tak mampu

aku fikirkan aku mampu bertahan..
bila di kritik secara jujur..
rupanya aku tak mampu..
lumrahlah, kerana aku hanya manusia,,

mungkin aku sendiri tidak patut bertanya..
sejak dari awal..
mungkin aku hanya perlu diam..
sejak dari awal..

cuma mungkin hanya aku yang baru sedar..
sudah terlambat untuk terasa sekarang..
cuma mungkin aku..
hanya bole bukti kan..
pada semua bahawa aku..
juga sememangnya boleh menjadi
seperti mana orang lain mampu jadi..

Sunday, April 1, 2012

-Takdir dan Doa ku-

Hanya padaMu, aku panjatkan Doa ku,
Moga-moga perjalanan ku mudah,
Dari awal ku mulakan nya,
Sampai ke takdir akhir perjalanan aku.